awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2021
15:58 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 23 November 2021.
1. 45 maut dalam nahas jalan raya di Bulgaria
Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah bas di barat Bulgaria pada Selasa, lapor Xinhua memetik Agensi Berita BTA.
2. Suspek rempuhan perarakan di Waukesha hadapi lima pertuduhan membunuh dengan sengaja
Seorang lelaki berusia 39 tahun di Milwaukee, sebuah bandar di negeri Wisconsin AS, berdepan lima pertuduhan percubaan membunuh dengan sengaja selepas memandu merempuh perarakan percutian yang diadakan di Waukesha, Wisconsin pada Ahad petang, mengorbankan lima orang dan mencederakan lebih 40 yang lain.
3. COVID-19: Slovakia kenakan sekatan ke atas warga belum divaksin
Slovakia pada Isnin memperkenalkan sekatan yang lebih ketat ke atas rakyatnya yang belum divaksin untuk tempoh tiga minggu.
4. COVID-19: Austria laksana kembali perintah sekatan
Austria menjadi negara Eropah Barat pertama melaksanakan semula perintah sekatan selepas proses vaksinasi susulan peningkatan kes COVID-19.
5. COVID-19: Dapatkan vaksin atau anda akan kena virus - Menteri Kesihatan beri amaran keras
Kerajaan Jerman pada Isnin mengeluarkan amaran paling keras kepada rakyatnya susulan gelombang keempat COVID-19 di negara itu.
6. Bekas Presiden Korea Selatan Chun Doo-hwan meninggal dunia
Bekas Presiden Korea Selatan Chun Doo-hwan yang pernah menerima kritikan kerana merampas kuasa meninggal dunia pada Selasa.
7. The Fed: Joe Biden umum pencalonan semula Jerome Powell
Presiden Joe Biden mengumumkan pencalonan semula Jerome Powell sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat untuk penggal kedua.
8. Singapura: Lawatan Panglima TLDM perkukuh hubungan ketenteraan
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang dalam rangka lawatan pengenalan ke Singapura mengadakan kunjungan terhadap Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen, di Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Isnin.
9. PM Thailand garis tiga keutamaan perkukuh hubungan ASEAN-China
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha menggariskan tiga keutamaan untuk memperkukuh serta memperkasa lagi hubungan ASEAN dan China dalam mewujudkan perkongsian strategik komprehensif.
10. Hubungan teguh mampu pacu ASEAN jadi kuasa ekonomi, kata Jokowi
Kerjasama ASEAN-China pada masa depan perlu tertumpu kepada peralihan ekonomi, tenaga dan digital untuk menjadikan rantau itu sebagai kuasa ekonomi, kata Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).
Topic Berkaitan
#bulgaria
#Macedonia
#Wisconsin
#Slovakia
#COVID-19
#Korea Selatan
#Chun Doo-hwan
#Joe Biden
#Jerome Powell
#Singapura
#TLDM
#PM
#Thailand
#China
#ASEAN
#Joko Widodo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan