ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 13 Disember 2021.

1. Dua kapal kargo bertembung di Laut Baltik

Dua kapal kargo bertembung di Laut Baltik pada Isnin di perairan berhampiran bandar Ystad, Sweden dan pulau Bornholm, Denmark.

2. Bangunan runtuh: Pencarian diteruskan bagi mencari enam lagi mangsa

Anggota bomba di Sicily giat menggali kawasan bangunan pangsapuri yang meletup dan runtuh pada Ahad dalam usaha mencari enam lagi mangsa yang tertimbus.

3. 1 maut, 13 cedera dalam kejadian tembakan rambang di Texas

Seorang maut manakala 13 yang lain cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah majlis di Baytown, dekat Houston, Texas, pada Ahad, menurut pihak berkuasa.

4. Harnaaz Sandhu dinobat sebagai Miss Universe ke-70

Harnaaz Sanchu dari India dinobatkan sebagai Miss Universe ke-70 pada Ahad, mendahului kira-kira 80 peserta dalam pertandingan yang terpalit dengan isu politik dan pandemik COVID-19 itu.

5. COVID-19: Britain hadapi gelombang Omicron, dua dos vaksin tak cukup

Britain berdepan gelombang varian Omicron koronavirus dan dua dos vaksin tidak akan mencukupi untuk membendungnya.

6. Korban puting beliung AS bertambah: Runtuhan gudang Amazon di Illinois, ragut 6 nyawa

Jumlah kematian dalam kejadian gudang milik Amazon di bandar Edwardsville, Illinois, Amerika Syarikat yang runtuh akibat puting beliung, meningkat kepada enam orang, kata Gabenor Illinois Jay Robert Pritzker.

7. Didakwa langgar sekatan COVID-19, populariti Boris Johnson terus menjunam

Boris Johnson berdepan kritikan pada Ahad susulan dakwaan melanggar sekatan COVID-19 pada perayaan Krismas tahun lalu.

8. Korban akibat puting beliung di Kentucky, AS mungkin cecah 100 orang

Angka korban akibat puting beliung yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat mungkin meragut sehingga 100 nyawa, kata gabenor negeri itu, Andy Beshear.

9. COVID-19: Australia pendekkan sela masa dos penggalak

Australia akan memendekkan masa menunggu untuk orang ramai menerima dos penggalak vaksin COVID-19 berikutan peningkatan dalam kes varian Omicron.

10. Perjanjian nuklear: Iran selar Eropah gagal tawar penyelesaian

Iran menyelar negara-negara Eropah kerana gagal menawarkan cadangan membina sekali gus membantu memulihkan perjanjian nuklear 2015.