DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Februari 2022.
Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Jawa, Indonesia pada 6.10 petang tadi.
COVID-19: SOP semasa Masjidil Haram, Masjid Nabawi
2. Kehadiran bilangan tinggi pengunjung di Dua Masjid Suci itu dijangka berterusan sehingga akhir Ramadan akan datang.
Krisis kemanusiaan di Afghanistan ketika ini memaksa kebanyakan golongan ibu bapa 'menjual' anak mereka dengan mengahwinkan kanak-kanak berkenaan.
Buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, Bali hari ini dibuka semula kepada pelancong asing dari semua negara dengan penerbangan terus. Bagaimanapun kuarantin wajib tetap perlu dijalani semua pelawat yang tiba pulau peranginan itu.
Kekayaan Mark Zuckerberg merosot sebanyak AS$31 bilion, antara kejatuhan terbesar dalam sehari, selepas keputusan suku keempat Meta Platforms Inc. meleset jauh daripada jangkaan penganalisis.
Empat pembantu kanan Perdana Menteri Britain Boris Johnson meletak jawatan dalam tempoh 24 jam pada Khamis.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata pada Khamis bahawa Ketua Daish, Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurashi membunuh diri dengan menggunakan bahan letupan ketika askar-askar unit khas AS menyerbu lokasi persembunyiannya di Syria pada waktu malam.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Khamis melahirkan kebimbangan terhadap korban awam dalam serbuan AS yang membawa kepada kematian pemimpin Daish (IS) Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurayshi.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dilaporkan sedang menjalani kuarantin kendiri selepas terdedah kepada individu yang positif COVID-19.
Presiden Itali Sergio Mattarella mengangkat sumpah pada Khamis, secara rasmi menerima mandat bagi penggal kedua untuk tempoh tujuh tahun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami