ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Februari 2022.

1. Trump lancar rangkaian media sosial hujung Mac

Rangkaian baharu Trump itu belum lagi dibuka untuk awam, tetapi sudah tersedia untuk pratempahan.

2. Anggota 'Running Man' Kim Jong Kook positif COVID-19

Jong Kook yang juga terkenal sebagai salah seorang anggota dalam siri popular ' Running Man' bagaimanapun hanya mengalami simptom ringan dan telah menjalankan ujian kendiri pada 9 Februari.

3. COVID-19 | PM UK beri bayangan sekatan bakal tamat

Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson memberi bayangan sekatan pergerakan bagi mengekang COVID-19 mungkin ditamatkan dalam beberapa minggu lagi. Penduduk UK mungkin tidak perlu kuarantin lagi selepas disahkan positif COVID-19, sekiranya trend yang menggalakkan berterusan.

4. Kerajaan Sweden isytihar pandemik berakhir, walau dibantah saintis

Ujian pengesanan percuma pula telah dikurangkan bulan ini dan secara efektif dihentikan pada Rabu (9 Februari).

5. PBB: Iraq selesai bayar pampasan Perang Teluk 1990 berjumlah AS$52.4 bilion

Iraq selesai membuat pembayaran pampasan sebanyak AS$52.4 bilion kepada individu, syarikat dan kerajaan yang membuktikan kemusnahan yang dialami mereka akibat pencerobohannya di Kuwait pada 1990, kata Jawatankuasa Pampasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

6. Sekatan COVID-19: Kewajipan sijil vaksinasi ditarik semula di Republik Czech

Kelonggaran sekatan bermula Khamis itu membolehkan orang ramai mengunjungi premis seperti bar, restoran, kafe, dan kedai gunting rambut serta venue sukan dan upacara keagamaan tanpa menunjukkan sijil vaksinasi.

7. COVID-19 | New York tarik semula mandat pelitup muka

Bandar New York bakal menamatkan mandat penggunaan pelitup muka di tempat tertutup awam. Perkara itu diumumkan Gabenornya, Kathy Hochul pada Rabu, namun penggunaan pelitup muka masih diwajibkan di sekolah buat masa ini.

8. Putera Charles positif COVID-19 buat kali kedua

Pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles sekali lagi disahkan positif COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland.

9. COVID-19 | Angka korban global lebih 5.77 juta kes

Berdasarkan data Johns Hopkins University, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.77 juta dan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah korban tertinggi melebihi 911,000 kes.

10. Vaksin COVID-19 | Jumlah dos didaftarkan seluruh dunia: 10.11 bilion

Sehingga pagi Khamis, dos vaksin COVID-19 yang didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia kini berjumlah lebih 10.11 bilion.