ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 17 Februari 2022.

1. Presiden Singapura arah tangguh sementara hukuman mati rakyat Malaysia IQ rendah

Presiden Singapura, Halimah Yacob telah mengarahkan penangguhan sementara pelaksanaan hukuman mati dua lelaki, termasuk seorang rakyat Malaysia yang memiliki tahap IQ rendah, pada Khamis.
2. ASEAN | Pemukiman Menteri Luar dibayangi krisis Myanmar


Pemukiman Menteri Luar ASEAN di Phnom Penh, Kemboja pada Khamis dibayangi krisis Myanmar.

3. COVID-19: Laos beri vaksin kepada kanak-kanak 6 hingga 11 tahun mulai Mac

Kerajaan Laos pada Mac mula melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun dalam usaha menjamin keselamatan pelajar selaras dengan pembukaan semula sesi persekolahan.

4. Tim Leissner akui 'tamak, kemahuan tinggi' punca terjebak skandal 1MDB

BEKAS rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner memberi kenyataan bahawa "sikap tamak dan kemahuan tinggi" mendorong penglibatannya dalam skandal rasuah ratusan juta dolar daripada 1MDB.

5. Krisis Ukraine-Rusia | AS dakwa penempatan tentera Rusia bertambah

Amerika Syarikat mendakwa penempatan tentera Rusia semakin bertambah di sepanjang sempadan Ukraine dan bukan berkurangan seperti yang didakwa Rusia.

6. 13 tetamu majlis perkahwinan maut terjatuh dalam perigi

Tiga belas wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang menghadiri satu majlis perkahwinan di utara Uttar Pradesh, India, dilaporkan maut selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi pada Rabu.

7. Bencana | Gempa bumi 6.2 magnitud di Guatemala

Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda Guatemala pada Khamis. Lebih 26,000 penduduk terjejas, manakala dua kematian dilaporkan akibat gempa tersebut.

8. Angka kematian akibat tanah runtuh di Brazil kini mencecah 78

Angka kematian akibat tanah runtuh dan banjir di bandar Petropolis, Brazil di Rio de Janeiro meningkat kepada 78, termasuk enam kanak-kanak, lapor Xinhua, memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Rabu.

9. MH370: Pihak berkuasa Australia semak data baharu, namun tidak syor pencarian

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sedang meneliti dakwaan seorang jurutera aeronautik Britain yang mendakwa mengetahui kedudukan sebenar pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014.

10. Bekas banduan buka 'restoran penjara'

Dua bekas banduan di Iran telah membuka ‘restoran penjara’ yang bertujuan mengumpulkan dana bagi membebaskan tahanan yang berdepan bebanan hutang.