ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Februari 2022.

1. Krisis Rusia-Ukraine: Deruan jet pejuang cetus kebimbangan penuntut Malaysia

Deruan enjin jet pejuang dan pelbagai aset ketenteraan mencetuskan kebimbangan penuntut Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Rusia.

2. Krisis Rusia-Ukraine | EU umum sekatan ekonomi menyeluruh terhadap Rusia

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen mengingatkan Rusia untuk tidak memandang rendah keupayaan Eropah untuk bertindak balas.

3. Krisis Rusia-Ukraine: 'Siapa sedia pertahankan negara, sila ke hadapan', Zelenskyy seru rakyatnya

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menyeru setiap rakyatnya yang sedia mempertahankan negara dari angkatan tentera Rusia supaya tampil, dan Kiev berjanji untuk membekalkan senjata pada sesiapa yang mahukannya.

4. Ukraine putuskan hubungan diplomatik dengan Rusia

Ukraine akan mengakhiri semua hubungan diplomatik dengan Rusia selepas Presiden Vladimir Putin meluluskan operasi penuh tentera memasuki Ukraine dari darat, udara dan laut.

5. Malaysia bawa keluar 11 rakyat dari Ukraine

Usaha membawa keluar rakyat Malaysia yang kini berada di Ukraine sedang digerakkan walaupun situasi di Kiev tidak begitu meruncing, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

6. Krisis Ukraine-Rusia cetus panik, orang awam bersesak tinggalkan Kiev

Bunyi letupan dari pinggir bandar raya Kiev dan siren kecemasan yang dibunyikan membuatkan orang awam menjadi panik dan segera melarikan diri demi keselamatan.

7. Krisis Rusia-Ukraine: Harga minyak mentah melonjak lepasi AS$100

Harga minyak mentah melonjak pada Khamis, dengan harga Brent mencecah AS$100 setong buat kali pertama sejak 2014, selepas Rusia menyerang Ukraine, memburukkan lagi kebimbangan bahawa perang di Eropah berkemungkinan mengganggu bekalan tenaga global.

8. Malaysia mahu Myanmar pulih, bincang isu repatriasi Rohingya

Malaysia berpandangan Myanmar adalah sebuah negara jiran serta negara ASEAN yang dihargai, dan mahu melihat negara itu pulih seperti sedia kala dan mengikut Konsensus Lima Perkara ASEAN (5PC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

9. Amaran letusan Gunung Berapi Aso di barat Jepun

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Khamis meningkatkan amaran kepada tahap tiga daripada lima selepas mengesan aktiviti gunung berapi di Gunung Aso, barat daya Jepun, lapor Xinhua.

10. Putin umum operasi tentera, ruang udara Ukraine dan barat Rusia ditutup

Regulator penerbangan Eropah juga telah mengeluarkan amaran tentang risiko dan bahaya jika terbang di kawasan yang bersempadan dengan Rusia dan Belarus