ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Mac 2022.

1. Laos mulakan pemberian dos keempat vaksin COVID-19 pada April

Dos keempat akan ditawarkan kepada pekerja barisan hadapan, golongan yang mengalami masalah imun atau penyakit kronik, dan penduduk yang berumur 60 tahun ke atas.

2. Lelaki Britain bersabung nyawa di Ukraine semata-mata selamatkan seekor singa dan serigala!

Tatkala, Ukraine masih dibedil secara bertubi-tubi oleh bala tentera Rusia, lelaki ini pula sanggup bersabung nyawa menjelajah ke setiap pelusuk Ukraine untuk menyelamatkanv seekor singa dan serigala dari sebuah zoo di Kiev.

3. Suhu cecah 37.3 darjah Celsius di India, tertinggi dalam tempoh lebih tujuh dekad

Suhu maksimum di Jammu, India pada Ahad mencapai 37.3 darjah Celsius iaitu catatan paling tinggi selepas tempoh 76 tahun.

4. WHO rekod 72 serangan sasar kemudahan kesihatan Ukraine - Guterres

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan sebanyak 72 serangan mensasarkan institusi penjagaan kesihatan yang menyebabkan 71 kematian sejak operasi ketenteraan Rusia di Ukraine bermula. 

5. Rundingan damai Ukraine-Rusia pusingan seterusnya diadakan di Istanbul

Mesyuarat rundingan damai yang seterusnya antara Rusia dan Ukraine akan diadakan di Istanbul, Turki, dan dipersetujui presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin pada Ahad.

6. Will Smith 'naik angin', tampar Chris Rock di pentas Oscar 2022

Majlis Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dicemari dengan insiden aktor ternama Will Smith menampar selebriti Chris Rock di pentas anugerah berprestij itu di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia).

7. Sekolah Afghanistan | Pelajar perempuan tahun 6 tidak dibenarkan sekolah

Ketika ini, jutaan kanak-kanak Afghanistan memulakan sesi persekolahan baharu bermula Rabu, namun pelajar perempuan di sekolah menengah dinafikan daripada menghadiri kelas sehingga diberitahu kelak.

8. PBB kecam serangan terhadap kemudahan awam di Arab Saudi, Yaman

Serangan udara itu turut mengakibatkan kerosakan di kawasan kediaman kakitangan PBB di Sanaa.

9. Nahas MU5735 | Pihak berkuasa sahkan semua penumpang terkorban

Pihak berkuasa China mengesahkan, semua 132 penumpang dan anak kapal pesawat China Eastern Airlines terkorban. Pesawat MU5735 itu terhempas di pergunungan di selatan China pada Isnin.

10. Monarki British | Selepas Jamaica, Belize berhasrat jadi republik

Selepas Jamaica, kini Belize juga dilaporkan ingin menyingkirkan Ratu Elizabeth Kedua sebagai ketua negara, sekaligus menjadi sebuah republik. Negara itu mengambil langkah pertama terhadap kemerdekaan penuh, beberapa hari selepas lawatan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate.