DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Julai 2022.
1. Presiden Sri Lanka 'terperangkap', berdepan rusuhan di lapangan terbang dalam cubaan melarikan diri
Presiden Sri Lanka dilaporkan terperangkap apabila beliau dihalang oleh pegawai imigresen lapangan terbang untuk menaiki pesawat, menurut sumber rasmi.
Orang ramai hadir beri penghormatan terakhir kepada mendiang Shinzo Abe
2. Orang ramai dilihat beratur panjang di luar Kuil Zojoji di sini pada Selasa bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri Shinzo Abe.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan penduduk dunia mencecah 8 bilion pada 15 November tahun ini.
India dijangka mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia pada 2023 dengan masing-masing negara catat jumlah lebih 1.4 bilion penduduk tahun ini.
Persaingan untuk menggantikan Perdana Menteri Boris Johnson bermula secara rasmi pada Rabu dengan pencalonan bagi merebut jawatan itu dalam kalangan pemimpin parti konservatif dibuka dan ditutup pada Selasa.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson enggan menyokong mana-mana calon yang bertanding untuk menggantikannya.
Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Isnin terselamat daripada undi tidak percaya apabila usul itu gagal mendapat sokongan majoriti.
Presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Isnin mengumumkan kerajaannya telah mencapai perjanjian untuk mengimport bahan api diesel dari Rusia sebagai sebahagian daripada langkah menurunkan harga bahan api di negara ini.
Gempa bumi dengan kekuatan magnitud 6.1 menggegarkan ibu kota Vanuatu pada Isnin, jam 9 malam waktu tempatan.
Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) mendedahkan gambar pertama diambil menggunakan Teleskop Angkasa James Webb memaparkan imej galaksi yang paling terperinci pernah dilihat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami