awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2023
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Januari 2023.
1. Serangan Bom | 87 maut akibat letupan masjid di Peshawar
Pihak berkuasa meningkatkan tahap kawalan keselamatan di sekitar bandar Peshawar, Pakistan susulan letupan di sebuah masjid pada Isnin.
2. Perdana Menteri baharu Taiwan angkat sumpah
Bekas naib presiden Chen Chien-jen mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Taiwan pada Selasa.
3. Malaysia bimbang keganasan terbaharu di Baitulmaqdis Timur
Malaysia bimbang terhadap peningkatan insiden keganasan di Baitulmaqdis Timur yang menyaksikan banyak nyawa terkorban dan ramai lagi cedera.
4. Palestin-Israel | Antony Blinken gesa kedua-dua pihak reda ketegangan
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken menggesa Israel dan Palestin supaya meredakan ketegangan ketika lawatannya ke Baitulmaqdis pada Isnin.
5. Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat junta Myanmar untuk mengadakan pilihan raya di tengah-tengah pengeboman udara dan pembakaran kediaman serta penangkapan, intimidasi dan gangguan yang berterusan terhadap pemimpin politik dan wartawan.
6. Majlis Eropah kritik Denmark kerana beri ruang Paludan lakukan provokasi bakar al-Quran
Ucapan kebencian di Denmark memperoleh manfaat hasil "perlindungan polis" di bawah "nama kebebasan bersuara," menurut laporan terbaharu suruhanjaya anti-perkauman Majlis Eropah ECRI yang dikeluarkan Isnin.
7. Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.
8. Penyertaan NATO | Turkiye mungkin sokong Finland berbanding Sweden
Ankara beri bayangan ia mungkin menerima penyertaan Finland ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), berbanding Sweden.
9. China sahkan situasi COVID-19 semakin reda, berada pada 'tahap rendah'
China mengesahkan situasi COVID-19 di negara itu berada pada "tahap rendah" dan lawatan ke klinik akibat jangkitan koronavirus semasa tahun baru menurun kira-kira 40 peratus berbanding sebelum musim cuti.
10. Amerika akan tamatkan darurat kesihatan awam COVID-19 pada 11 Mei
Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan pada Isnin pihaknya merancang untuk menamatkan darurat kesihatan awam (PHE) COVID-19 pada 11 Mei.
Topic Berkaitan
#berita antarabangsa
#berita luar negara
#Berita AWANI
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan