awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2023
15:55 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Mac 2023.
1. Krisis kewangan: Sri Lanka mula rundingan penstrukturan semula hutang
Sri Lanka sedia memulakan rundingan penstrukturan semula hutang dengan pemiutang swasta.
2. Gempa bumi kuat landa Miyako, Jepun
Gempa bumi bermagnitud 5.6 melanda 118 kilometer (km) NE Miyako, Jepun pada 07:37:01 GMT, Rabu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
3. Xi, Putin mahu krisis Ukraine diselesaikan melalui rundingan damai
Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin bersama-sama menandatangani Kenyataan Republik Rakyat China dan Persekutuan Rusia bagi Memperdalam Hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif bagi Koordinasi pada Era Baharu, di Istana Kremlin, pada Selasa.
4. Cadangan China ada asas untuk pendamaian di Ukraine - Putin
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata cadangan China untuk pendamaian dan menamatkan perang di Ukraine mempunyai asas, tetapi barat dan Ukraine sendiri belum bersedia.
5. 1MDB: Roger Ng mohon jalani hukuman di 'penjara selebriti' di Danbury
Roger Ng, satu-satunya pegawai bank Goldman Sachs Group Inc. yang diadili dan dihukum dalam skandal global 1MDB, memohon kepada hakim untuk membenarkan dia menjalani hukuman penjara 10 tahun di Danbury, Connecticut - di mana pengasas hotel Leona Helmsley dipenjara atas kes penipuan cukai pada awal tahun 1990an.
6. Pekerja sekolah di Los Angeles tuntut kenaikan gaji dan penambahan kakitangan
Ribuan pekerja Kesatuan Sekolah Los Angeles, Amerika Syarikat, melakukan mogok pada Selasa lepas susulan rundingan kontrak yang terbengkalai.
7. Pilihan Raya Parlimen Greece berlangsung pada Mei - PM
Pilihan Raya Parlimen Greece akan diadakan pada Mei, kata Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis dalam temu bual dengan Alpha TV pada petang Selasa.
8. Isu Palestin: Amerika Syarikat selar kenyataan menteri Israel
Amerika Syarikat (AS) menyelar kenyataan Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich yang seolah-olah cuba menafikan kewujudan rakyat Palestin dan menyifatkan kenyataan itu "tidak tepat" dan "berbahaya."
9. Arab Saudi sedia terima jutaan jemaah umrah sepanjang Ramadan
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan, kesediaan dua masjid agung umnat Islam sedia menerima kehadiran jutaan jemaah dan pengunjung untuk menunaikan ibadah umrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
10. Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan bahawa hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023) selepas anak bulan tidak kelihatan pada Selasa.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#gempa bumi
#Perdana Menteri
#berita pilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan