Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 6, 2023 15:51 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Jun 2023.
1. Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Siasatan rasmi ke atas nahas kereta api paling buruk dalam dua dekad di India bermula pada Isnin.
2. Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Liputan media terhadap bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tidak lagi dipaparkan di semua saluran berita arus perdana negara itu.
3. Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem - Laporan UNODC
Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia masih berada pada tahap ekstrem dan dilihat semakin pelbagai, menurut laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).
4. PBB kutuk Israel bunuh kanak-kanak Palestin
Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Proses Keamanan Asia Barat pada Isnin mengutuk pembunuhan seorang kanak-kanak Palestin oleh tentera Israel.
5. Kes selesema melonjak di Australia
Kes influenza di Australia melonjak lebih 40 peratus dalam tempoh dua minggu ketika negara itu menghampiri musim sejuk, lapor Xinhua.
6. NATO rancang perbesar ibu pejabat untuk tempatkan anggota baharu
NATO sedang mempertimbang membesarkan ibu pejabatnya di Brussels untuk menempatkan Finland dan bakal anggota baharu lain, lapor Sputnik.
7. Pengurangan minyak Arab Saudi menyokong pasaran - RHB
Pengurangan pengeluaran minyak secara sukarela Arab Saudi sebanyak satu juta tong sehari (mbpd) akan memberikan lebih banyak sokongan harga untuk industri minyak dan gas (OG) tempatan sekiranya ia dilanjutkan hingga akhir tahun ini, kata RHB Research (RHB).
8. Ismail Sabri dilantik Presiden Kehormat Pertubuhan UAV Dunia
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Presiden Kehormat Pertubuhan UAV Dunia (WUAVF).
9. Bekas ejen FBI Robert Hanssen, yang mengintip untuk Rusia meninggal dunia
Bekas ejen FBI Robert Hanssen, yang disabitkan kesalahan mengintip untuk Rusia, meninggal dunia pada usia 79 tahun, kata Biro Penyiasatan Persekutuan pada Isnin.
10. Pesawat tentera China, Rusia masuk zon pertahanan udara Korea Selatan tanpa notis - Tentera
Empat pesawat tentera China dan empat pesawat tentera Rusia memasuki zon pengenalan diri ruang udara pertahanan Korea Selatan (KADIZ) tanpa notis pada Selasa, kata tentera Seoul, menyebabkan Tentera Udara Korea Selatan menghantar jet pejuangnya ke tempat itu.
#NATO #berita pilihan #zon pertahanan #antarabangsa