ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Julai 2023.

1. Jurugambar 'daredevil' Perancis maut jatuh dari tingkat 68 di Hong Kong

Jurugambar Perancis berusia 30 tahun yang terkenal dengan aksi memanjat beberapa menara di seluruh dunia, menemui ajal apabila terjatuh dari aras 68 sebuah bangunan pencakar langit, ketika mengambil gambar.

2. Ribut di pantai republik Mari El Rusia korbankan tujuh orang

Tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak terkorban di Republik Mari El Rusia akibat ribut, kata pihak berkuasa pertahanan awam tempatan.

3. Taufun Khanun kini menuju ke wilayah Okinawa, Amami Jepun

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata taufan Khanun yang sangat kuat dijangka menghampiri wilayah barat daya Okinawa dan Amami di negara itu pada Isnin hingga Selasa.

4. Taufan Doksuri: Angka kematian di Filipina meningkat kepada 25, 20 masih hilang

Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh Taufan Doksuri meningkat kepada 25, dengan sekurang-kurangnya 20 lagi hilang, lapor Xinhua memetik agensi bencana nasional Filipina pada Isnin.

5. Helikopter terhempas: Misi cari anggota tentera Australia diteruskan

Misi mencari anggota tentera Australia yang hilang selepas helikopter yang dinaiki terhempas di perairan Queensland diteruskan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

6. 7 maut, 23 cedera nahas bas penumpang

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 23 yang lain cedera apabila sebuah bas penumpang tergelincir dan terbalik di lebuh raya di wilayah Kars timur Turkiye pada Ahad, lapor Xinhua memetik penyiar TRT.

7. Tiga maut pesawat ringan langgar hangar

Seorang juruterbang dan dua penumpang maut selepas pesawat ringan melanggar hangar di lapangan terbang California sebelum terbakar pada Ahad.

8. Musk terima kecaman berhubung logo 'X' gergasi

Langkah Elon Musk memasang logo 'X' yang bercahaya terang di San Francisco bagi menandakan pengekalan syarikat media sosial yang dahulunya dikenai sebagai Twitter itu, telah mengundang rasa tidak puas hati oleh pegawai bandar dan penduduk di kawasan tersebut.

9. Angka kematian akibat letupan di Pakistan meningkat 44 orang

Angka kematian angkara pengebom bunuh diri di perhimpunan politik di daerah Bajaur di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan pada Ahad, meningkat kepada 44 orang, kata menteri kesihatan wilayah itu pada Isnin.

10. Zelenskyy beri amaran 'peperangan' akan tercetus di Rusia

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memberi amaran pada Ahad "peperangan akan berlaku di Rusia" akan diteruskan selepas tiga dron negara itu ditembak jatuh di Moscow".