ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Oktober 2023.


1. PM Anwar bawa mesej kemanusiaan di Gaza dalam lawatan kerja di Turkiye

Tempoh kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Istanbul untuk pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan mungkin singkat, namun sebagaimana kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ia amat produktif.



2. Enam negara sekutu seru Israel patuh undang-undang antarabangsa

Pemimpin Kanada, Perancis, Jerman, Itali, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) menggariskan sokongan terhadap Israel sambil menyeru agar mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi orang awam.


3. 4,651 rakyat Palestin mangsa korban Israel sejak 7 Oktober

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, seramai 4,651 rakyat negara itu terbunuh di Semenanjung Gaza semenjak konflik tercetus pada 7 Oktober lalu sehingga semalam (Ahad).


4. Anak Jokowi diumum calon Naib Presiden Indonesia, berganding dengan Prabowo Subianto

Menteri Pertahanan yang juga calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto untuk pilihan raya negara itu pada tahun depan mengumumkan anak sulung penyandang Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), Gibran Rakabuming Raka akan menjadi pasangan beliau bagi calon Naib Presiden dalam pilihan Presiden tersebut.


5. Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai

Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini di bandar pelabuhan Jeddah, Arab Saudi.


6. 35 juta rakyat Argentina mengundi Presiden baharu pada Ahad

Lebih 35 juta rakyat Argentina melaksanakan tanggungjawab memilih presiden baharu negara itu pada Ahad.


7. PRK: Parti pemerintah Jepun LDP hilang 1 daripada 2 kerusi Parlimen

Parti pemerintah Jepun Parti Liberal Demokratik (LDP) kalah satu daripada dua pilihan raya kecil (PRK) parlimen yang diadakan pada Ahad.


8. Perang Palestin-Israel: Kumpulan kedua konvoi bantuan tiba di Gaza

Kumpulan kedua konvoi bantuan membabitkan 14 trak dengan muatan peralatan perubatan, makanan dan air masuk ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah pada Ahad malam.


9. Imran Khan didakwa dedah rahsia 'diplomatik'

Sebuah Mahkamah di Pakistan pada Isnin mendakwa bekas perdana menteri Imran Khan kerana "membocorkan kandungan sulit diplomatik" menjelang pilihan raya umum, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


10. Malaysia, Mesir sepakat negara barat perlu tekan Israel henti serangan di Gaza - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi, sepakat bahawa negara barat perlu memberi tekanan kepada rejim Israel untuk memberhentikan serangannya ke atas Gaza.