DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Oktober 2023.
ISRAEL berikar menghalang niat Elon Musk yang mahu menyediakan akses internet kepada agensi bantuan antarabangsa selepas rangkaian telekomunikasi di Genting Gaza lumpuh sepenuhnya pada Jumaat.
Satu gempa bumi baharu menggegarkan wilayah Herat di barat Afghanistan pada Sabtu malam mengakibatkan seramai 13 orang cedera, lapor Xinhua.
Perkhidmatan komunikasi dan internet di Semenanjung Gaza yang dilaporkan terputus sepenuhnya kembali pulih hari ini.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu meminta satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk membincangkan situasi di Semenanjung Gaza.
Turki pada Ahad menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya sebagai sebuah republik dengan pelbagai acara disusun atur.
Angka kematian akibat Taufan Otis telah meningkat kepada 39 orang di negeri Guerrero selatan Mexico dengan 10 orang dilaporkan hilang, kata kerajaan Mexico pada Sabtu, lapor Xinhua.
Seramai dua pesakit maut dalam kebakaran sebuah hospital di tengah Perancis, kata Menteri Kesihatan Aurelien Rousseau pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
India telah mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum sebanyak US$800 setan.
PRESIDEN Colombia, Gustavo Petro mengesahkan ibu kepada pemain bola sepak Liverpool, Luis Diaz telah diselamatkan selepas diculik di utara Colombia, namun pegawai masih mencari bapanya yang hilang.
SALAH seorang bintang dalam siri sitcom 'Friends', Matthew Perry dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 54 tahun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami