ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 November 2023.

1. Malaysia, Thailand hasrat kukuh kerjasama dalam pelancongan, pertanian

Malaysia dan Thailand berminat untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pelancongan dan pertanian dengan memanfaatkan potensi kedua-dua sektor terbabit, kata Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.

2. Pakar bedah pusat perubatan Universiti New York lakukan pemindahan pertama keseluruhan mata

Pasukan pembedahan dari NYU Langone Health, sebuah pusat perubatan akademik di Universiti New York melakukan pemindahan pertama keseluruhan mata dan separa muka ke atas seorang veteran tentera berusia 46 tahun, lapor Sptunik memetik pusat perubatan itu pada Khamis.

3. Kilang Volkswagen di Jerman kurangkan pengeluaran kereta elektrik

Pengeluar kereta Jerman Volkswagen mengurangkan pengeluaran dua model kereta elektrik di kilangnya di Emdennya di Lower Saxony, menurut jurucakap kilang itu kepada Agensi Berita Jerman (dpa).

4. Krisis kesihatan di Gaza semakin kritikal akibat kekurangan bahan api

Kira-kira 380 bayi baru lahir dan 4,600 wanita hamil yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza memerlukan rawatan perubatan, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Khamis.

5. Spesies mamalia kali terakhir dilihat 60 tahun lalu, ditemui kembali di Indonesia

Saintis menemui semula spesies mamalia yang telah lama hilang di Pergunungan Cyclops, Papua, Indonesia, lebih 60 tahun selepas kali terakhir ia direkodkan.

6. Wakil Indonesia seru semua negara desak Israel henti serang Gaza

Wakil Indonesia pada Jumaat menyeru agar semua negara mendesak Israel menghentikan serangan terhadap Gaza.

7. Perhimpunan Agung PBB lulus undi sahkan kedaulatan Palestin terhadap sumber asli

Jawatankuasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Persoalan Ekonomi dan Kewangan (Jawatankuasa Kedua) atau UN General Assembly's Committee on Economic and Financial Questions (Second Committee) mengundi menyokong resolusi yang mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin ke atas sumber asli mereka

8. Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand

Pemimpin Parti Move Forward (MFP), Pita Limjaroenrat berikrar untuk bertanding jawatan Perdana Menteri semula, menentang kuasa konservatif yang menghalangnya daripada tugas awal tahun ini walaupun beliau berdepan kes mahkamah.

9. EU siasat TikTok, YouTube mengenai perlindungan kanak-kanak

Kesatuan Eropah (EU) menjalankan siasatan terhadap dua platform media sosial, YouTube dan TikTok bagi mengetahui tindakan yang diambil oleh platform milik Amerika Syarikat (AS) dan China itu untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di bawah umur di kedua-dua platform terbabit.

10. Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka

Bekas ketua Parti Rakyat (PP) berhaluan tengah Sepanyol di wilayah Catalonia ditembak di muka dalam satu insiden di ibu kota Madrid.