DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Disember 2023.
Tentera rejim Zionis Israel menyifatkan perang antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas sudah memasuki fasa baharu.
Israel ancam pengeboman, arah penduduk Gaza berpindah dengan segera
2. Israel mengarahkan orang awam meninggalkan kawasan Semenanjung Gaza pada Isnin dan mengancam untuk meluaskan operasi ketenteraanya hingga ke selatan wilayah itu.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin terputus hubungan dengan pasukan perubatannya di Semenanjung Gaza.
Kira-kira 70 peratus hospital di Semenanjung Gaza terpaksa menghentikan operasi setelah kempen pengeboman rejim Zionis berlarutan selama hampir dua bulan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing, ketika Israel memperhebat serangan ke selatan wilayah itu.
Usaha mencari dan menyelamat mangsa letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat, Indonesia terhalang oleh hujan serta jalan yang lincin, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik seorang pegawai pada Selasa.
Malaysia Airlines mengumumkan penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Chennai, India telah dibatalkan kerana Lapangan Terbang Chennai (MAA) ditutup akibat banjir.
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 35 lagi cedera apabila sebuah bas persiaran terbabas dan melanggar pokok di wilayah Prachuap Khiri Khan, selatan Thailand, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.
Seramai 338 rakyat Vietnam yang terkandas di zon konflik di utara Myanmar telah selamat dihantar pulang ke negara mereka pada Isnin.
Sidang kemuncak iklim PBB pada Isnin melancarkan perkongsian yang disokong oleh 68 negara, termasuk China untuk mengurangkan impak perubahan iklim terhadap punca pendapatan kaum hawa dan memudahkan peranan mereka dalam peralihan rendah karbon.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami