ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Januari 2024.


1. Houthi Yaman ikrar terus operasi ketenteraan lawan Israel

Kumpulan Houthi di Yaman berkata kumpulan itu akan meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Israel dan menghalang kapal rejim itu daripada melalui Laut Merah, lapor Anadolu memetik Agensi Berita Saba.



2. Ribuan tentera rejim Zionis jadi cacat

LEBIH 4,000 tentera rejim Zionis mengalami kecacatan dan menerima status orang kurang upaya (OKU) sejak perang bermula di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu.


3. Kongres AS setuju perjanjian perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan

Kongres Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan perjanjian perbelanjaan jangka pendek untuk menghalang kemungkinan penutupan kerajaan sehingga Mac.


4. Putera Mateen dan Dayang Anisha bersanding, berarak hari ini

Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya Dayang Anisha Rosnah Adam berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini, hari ini.


5. 33 maut, 19 cedera tanah runtuh di lebuh raya

Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh manakala 19 yang lain cedera dalam insiden tanah runtuh di lebuh raya berhampiran bandar Carmen de Atrato di wilayah Choco di Colombia.


6. Lombong emas runtuh ragut sekurang-kurangnya 21 nyawa

Sekurang-kurangnya 21 pelombong terbunuh dan beberapa lagi dilaporkan hilang dalam kejadian runtuhan di lombong emas ekoran hujan lebat yang melanda wilayah Simiyu di utara Tanzania pada Sabtu.


7. 180 kelahiran dicatat setiap hari di Gaza - Bulan Sabit Merah Palestin

Bulan Sabit Merah Palestin berkata dianggarkan kira-kira 180 kelahiran dicatatkan dalam tempoh sehari di Gaza dan nasib ibu-ibu ini amat menyedihkan dan nyawa mereka diancam "bahaya" akibat serangan berterusan tentera Israel.


8. Kashmir alami fasa musim sejuk paling teruk dalam sejarah

Musim kering berpanjangan melanda Kashmir, wilayah dikawal India, menyaksikan fasa musim sejuk yang paling teruk pernah dihadapi.


9. Pewaris syarikat farmaseutikal Jerman mahu agih harta pusaka neneknya

Pewaris sebuah syarikat farmaseutikal Austria-Jerman, Marlene Engelhorn bersikap mulia apabila mahu mengagihkan harta yang diwarisi daripada neneknya.


10. Hanya enam ambulans masih beroperasi di Gaza

Hanya enam ambulans yang masih beroperasi di seluruh Semenanjung Gaza berikutan tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel menyasarkan serangan ke atas kenderaan itu berhampiran hospital.