ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Februari 2024.


1. Presiden Namibia Hage Geingob meninggal dunia

Presiden Namibia, Hage Geingob meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat kanser di Hospital Lady Pohamba pada Ahad, lapor Sputnik.



2. Biden menang pemilihan peringkat primari di Carolina Selatan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Sabtu memenangi pemilihan untuk Demokrat di negeri Carolina Selatan, pencalonan rasmi pertama untuk parti itu di peringkat primari, lapor Sputnik.


3. Dikatakan mirip Putera Mateen, wajah penjual ais krim ini gamit perhatian warga siber

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia pula tiada siapa yang tahu. Atau mungkin pada wajah yang menyerupai seorang putera raja?


4. Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria

Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.


5. Presiden Senegal tangguh pilihan raya kerana ketegangan politik

Presiden Senegal, Macky Sall telah menangguhkan pilihan raya bulan ini susulan aduan berpuluh-puluh calon dihalang daripada bertanding.


6. Paris guna aplikasi terjemahan AI untuk pelawat Olimpik

Kotaraya Paris yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada musim panas ini, sistem pengangutan awam bandar ini yang dikenali sebagai RATP bakal memberi kemudahan kepada pengunjung antarabangsa dengan menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI).


7. AS, UK serang lebih 30 sasaran Houthi di Yaman

AMERIKA Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) telah melakukan serangan ke atas sasaran Houthi di Yaman dari platform udara dan permukaan - termasuk F/A-18 - ke atas lebih 30 sasaran di 13 lokasi, menurut pegawai.


8. Imran Khan, isteri dipenjara tujuh tahun akibat berkahwin secara tidak sah

Mahkamah Pakistan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda ke atas bekas Perdana Menteri negara itu, Imran Khan dan isterinya, Bushra Khan selepas memutuskan perkahwinan mereka sebagai melanggar undang-undang.


9. Ribuan sertai tunjuk perasaan anti-kerajaan Israel

Beribu-ribu orang mengadakan protes di beberapa bahagian di Israel, pada Sabtu menuntut perubahan dalam kerajaan dan pembebasan baki tebusan Israel di Gaza.


10. Serangan tindak balas Amerika terhadap pasukan pejuang pro-Iran di Syria, Iraq dikecam

Tindakan Amerika Syarikat (AS) menyerang pasukan pejuang yang disokong oleh Iran di Iraq dan Syria sebagai tindakan balas terhadap serangan maut ke atas tentera AS mendapat kecaman daripada kerajaan dan kumpulan pejuang lain di rantau itu.