ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 April 2024.


1. Ketua WHO gesa perlindungan kemudahan penjagaan kesihatan semasa konflik

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menggesa kemudahan dan kakitangan penjagaan kesihatan dilindungi daripada keganasan yang disasarkan semasa konflik, lapor Xinhua.



2. Britain diancam 'hujan darah'

Rakyat Britain diberi amaran supaya berwaspada dengan 'hujan darah' ketika satu lagi ribut diramalkan melanda negara itu bermula Isnin.


3. ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menggesa kerajaan untuk menjalankan peranan yang lebih proaktif dalam mengemudi landskap sosiopolitik yang rumit di Myanmar dengan merebut setiap peluang untuk memupuk keamanan dan kestabilan.


4. Dunia rekodkan suhu terpanas sejak 1850

Berdasarkan laporan dikeluarkan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU) (C3S), dalam tempoh April 2023 hingga Mac 2024, suhu purata global ialah 1.58 darjah Celsius dan ia melebihi purata dalam tempoh pra-industri 1850-1900.


5. Jutaan penduduk Jakarta mula mudik ke kampung halaman untuk Aidilfitri

Jutaan umat Islam Indonesia menempah kesesakan jalan raya teruk ketika memulakan proses mudik ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.


6. Trump gagal tangguh, perbicaraan tetap berlangsung 15 April ini

Hakim Mahkamah Rayuan New York pada Isnin menolak permohonan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menangguhkan perbicaraan jenayah berkaitan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah pada 15 April ini.


7. Perbicaraan 'Panama Papers' bermula hari ini

Perbicaraan 27 individu yang dikaitkan dengan skandal pengubahan wang haram "Panama Papers" bermula di mahkamah jenayah Panama.


8. Jutaan manusia kagum dengan fenomena gerhana matahari penuh

Di seluruh Mexico, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, puluhan juta orang penuh khusyuk mendongak ke langit sambil tertanya-tanya bagaimana waktu siang boleh bertukar menjadi gelap gelita seperti di malam hari dalam sekelip mata.


9. Mahkamah Dunia mulakan pendengaran dakwaan Nicaragua Jerman bantu Israel lakukan genosi

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memulakan pendengaran pada Isnin mengenai kes dibawa Nicaragua yang mendakwa Berlin memudah cara genosid di Gaza dengan menyediakan sokongan politik dan ketenteraan kepada Israel.


10. Korea Selatan lancar satelit intip kedua ke orbit

Korea Selatan telah berjaya melancarkan satelit pengintip kedua yang dibangunkan negara itu ke orbit dengan menggunakan roket Falcon 9 SpaceX, menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada Isnin, lapor Sputnik.