ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 April 2024.


1. Lawrence Wong dilantik PM Singapura baharu 15 Mei

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu berkuatkuasa pada 15 Mei depan.



2. Tentera Israel lakukan 16 pembunuhan beramai-ramai sehari sejak 7 Okt

Tentera Israel melakukan 16 pembunuhan beramai-ramai sehari secara purata di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas dalam serangan yang dilakukan mereka selama lebih enam bulan, menurut Kerajaan Gaza.


3. Serangan udara Israel di kem pelarian Nuseirat ragut nyawa, kecederaan

Tentera Israel membunuh tiga rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain dalam serangan udara lewat Ahad yang menyasarkan sebuah bangunan kediaman di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.


4. Ketegangan geopolitik, lonjakan harga minyak cetus risiko ke atas Asia Pasifik

Impak kenaikan harga minyak terhadap negara-negara Asia Pasifik dan global akan berlaku sekiranya ketegangan konflik di Timur Tengah pada masa ini tidak reda dalam masa terdekat, kata Moody's Analytics.


5. Emas naik harga susulan konflik Iran-Israel

Harga emas global naik melepasi paras tertinggi baharu iaitu AS$2,420 (RM11,537.30) seauns atau RM370.93 segram susulan laporan awal membabitkan serangan Iran ke atas Israel pada hujung minggu lalu.


6. Konflik Iran-Israel: Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan

Kerajaan Kelantan telah menghubungi semua pelajar dari negeri ini yang sedang menyambung pengajian di Jordan dan menasihatkan mereka agar mengambil pelbagai langkah keselamatan yang sewajarnya, susulan tindakan Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu oleh ke atas Israel Sabtu lepas.


7. Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya - Raja Abdullah II

Raja Jordan Raja Abdullah II menerima satu panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu, menurut The Royal Hashemite Court.


8. Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel

Semua kedutaan Thailand di rantau Asia Barat telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.


9. China gesa elak konflik, anggap sudah selesai

China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.


10. Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan di New Britain Region, Papua New Guinea pada 4.56 pagi ini.