ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Jun 2024.


1. Indonesia, Thailand sasar tingkatkan kerjasama pendidikan

Thailand merancang meningkatkan kerjasama dalam sektor pendidikan dengan Indonesia, menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Antara Parlimen (BKSAP) Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR), Putu Supadma Rudana, lapor Agensi Berita Indonesia (Antara).



2. India-Bangladesh akan mulakan perbincangan mengenai perjanjian perdagangan

India dan Bangladesh akan memulakan rundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) ketika kedua-dua negara jiran berusaha mengukuhkan hubungan sebagai sebahagian daripada "visi bersama" untuk masa depan.


3. Rusia berjanji beri tindak balas sewajarnya jika pusat visa ditutup AS

Rusia akan memberi tindak balas sewajarnya jika Amerika Syarikat menutup pusat visa Rusia, kata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova pada Sabtu, lapor Xinhua.


4. Israel bunuh 42 rakyat Palestin di Gaza - Hamas

Sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas bandar Gaza di utara wilayah Palestin pada Sabtu (22 Jun), kata pengarah pejabat media kerajaan yang dikendalikan Hamas.


5. Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa

Pemberontak Houthi di Yaman mendakwa, pihaknya menyertai operasi ketenteraan dengan kumpulan pejuang Islamic Resistance di Iraq awal pagi tadi, menyasarkan empat kapal di pelabuhan Haifa di utara Israel.


6. Angka kematian akibat alkohol tercemar meningkat kepada 54 di Tamil Nadu

Sekurang-kurangnya 54 orang maut dan berpuluh-puluh lagi masih dirawat di hospital selepas meneguk alkohol yang dicampur dengan metanol di negeri Tamil Nadu di selatan India.


7. Pemenang 'Anjing Terhodoh Dunia' 2024 diumumkan

Seekor anjing di Amerika Syarikat dinobatkan sebagai anjing paling hodoh di dunia.


8. EU kecam serangan ke atas pejabat ICRC di Gaza, gesa siasatan bebas

Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu mengutuk serangan yang merosakkan pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Semenanjung Gaza baru-baru ini, mengakibatkan puluhan mangsa terbunuh.


9. Liga Arab sambut baik pengiktirafan Armenia terhadap negara Palestin

Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit menyambut baik pengumuman Armenia mengiktiraf Negara Palestin secara rasmi, menganggap pengiktirafan itu sebagai langkah penting ke arah merealisasikan Negara Palestin berdasarkan sempadan 4 Jun 1967.


10. Pihak berkuasa Greece tahan 13 orang selepas bunga api sebabkan kebakaran hutan

Pihak berkuasa Greece menahan 13 kru sebuah kapal layar kerana disyaki menyebabkan kebakaran hutan, lapor agensi berita Jerman (dpa).