awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2025
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.
1. Kumpulan ketujuh dan terakhir tahanan Palestin dibebaskan
Lebih 640 tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel pada malam Khamis sebagai sebahagian daripada kumpulan ketujuh dan terakhir dalam perjanjian pertukaran di bawah fasa pertama gencatan senjata Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
2. Bintang Hollywood Gene Hackman dan isteri ditemukan mati di rumah
Pelakon Amerika Syarikat yang pernah memenangi Oscar, Gene Hackman dan isterinya, Betsy Arakawa ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di New Mexico, Amerika Syarikat.
3. BRICS akan cari sistem pembayaran alternatif - Presiden Brazil
Brazil selaku pengerusi BRICS merancang untuk mencari platform alternatif untuk pembayaran antara negara anggota, kata Presidennya Luiz Inacio Lula da Silva.
4. ASEAN perlu bijak catur strategi untuk mendepani ‘perang tarif’
Konsep neutraliti dan ‘ASEAN Centrality’ amat penting untuk blok 10 negara itu mengemudi ketidaktentuan ekonomi dan dasar perlindungan perdagangan yang semakin meluas di peringkat global.
5. Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred.
6. Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra di sini hari ini, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu keselamatan dan pertahanan.
7. Elon Musk dedah Jabatan AS 'tidak sengaja' potong dana pencegahan Ebola
Jutawan teknologi Elon Musk mendedahkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) secara tidak sengaja menghentikan dana pencegahan virus Ebola.
8. Chile: Bekalan elektrik terputus, 3 maut dan 98 peratus penduduk terjejas
Gangguan bekalan elektrik selama lapan jam yang melanda Chile pada Selasa mengakibatkan 98 peratus penduduk terjejas, serta kematian tiga pesakit yang bergantung pada peralatan sokongan hayat.
9. Tanpa buku teks dan pakaian seragam, pelajar Gaza kembali belajar di sekolah yang musnah
Tanpa dilengkapi pakaian seragam atau lembaran buku teks, pelajar Gaza kembali ke sekolah mereka yang musnah untuk menyambung pendidikan, meskipun berdepan cabaran besar akibat peperangan Israel baru-baru ini.
10. Trump sahkan Zelenskyy ke White House esok untuk tandatangani perjanjian “sangat besar” dengan AS
Semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesahkan Presiden Ukraine, Volodomyr Zelenskyy akan melawat White House pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#antarabangsa
#tahanan Palestin
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan