INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 April 2024.
China dan Amerika Syarikat (AS) tidak mengadakan sebarang rundingan atau perbincangan berhubung isu tarif, menurut Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia memaklumkan bahawa 95 peratus daripada bencana yang direkodkan di negara itu merupakan bencana hidrometeorologi termasuk banjir, tanah runtuh, kemarau dan ribut tropika.
Kerajaan Vietnam menetapkan tarikh akhir bagi majlis pecah tanah projek landasan kereta api berkelajuan tinggi utara-selatan selewat-lewatnya pada 31 Dis 2026.
India pada Rabu menggantung perjanjian air yang berlangsung selama beberapa dekad dengan negara jirannya, Pakistan, sehari selepas insiden tembakan oleh penyerang tidak dikenali terhadap pelancong di Kashmir.
Orbit Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) diselaraskan "naik" 2.1 kilometer dalam pelarasan terkini yang dijalankan oleh agensi angkasa Rusia, Roscosmos.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata operasi bantuan kemanusiaan PBB di Gaza hanya boleh dijalankan mengikut prinsip kemanusiaan, berkecuali dan bebas.
Satu gempa bumi sederhana melanda Istanbul pada jam 12 tengah hari waktu tempatan, (jam 5 petang waktu Malaysia) mengakibatkan gangguan kepada beberapa aktiviti di bandar tersebut termasuk persidangan akademik antarabangsa.
Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Istanbul, Turkiye pada Rabu, menyebabkan sekurang-kurangnya 236 orang cedera.
Kebakaran hutan yang bermula pada petang Selasa di New Jersey merebak pantas sehingga memusnahkan lebih 4,600 hektar kawasan menjelang Rabu, memaksa pengisytiharan darurat dan pemindahan ribuan penduduk.
Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan denda yang tinggi terhadap dua gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple dan Meta, sebagai tindakan penguatkuasaan pertama di bawah Akta Pasaran Digital (DMA) yang baru dikuatkuasakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami