awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2025
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 Julai 2025.
1. China nyata kesediaan tandatangani SEANWFZ tanpa reservasi - Mohamad Hasan
China telah menyatakan kesediaan untuk menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) tanpa reservasi, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
2. ASEAN perlu terus bersatu untuk pastikan Asia Tenggara bebas senjata nuklear - Mohamad Hasan
ASEAN perlu terus bersatu dalam komitmennya ke arah memastikan Asia Tengara bebas daripada senjata nuklear.
3. 18 individu hilang akibat banjir di utara Nepal
Sekurang-kurangnya 18 individu dilaporkan hilang awal pagi Selasa dalam kejadian banjir akibat hujan lebat berterusan di kawasan utara Nepal, menurut polis tempatan
4. ByteDance nafi jual TikTok kepada konsortium Amerika Syarikat
Syarikat teknologi China, ByteDance menafikan laporan bahawa pihaknya bersetuju untuk menjual pegangan kawalan dalam platform media sosial TikTok kepada sebuah konsortium Amerika Syarikat.
5. China sokong WTO promosi pembangunan, tambah baik peraturan perdagangan - PM Li Qiang
Li Qiang berkata, situasi perdagangan dunia mengalami perubahan besar, sementara unilateralisme dan proteksionisme berleluasa.
6. AS semak semula tarif perdagangan ke atas Kemboja kepada 36 peratus
Amerika Syarikat (AS) telah menyemak semula tarif ke atas eksport Kemboja kepada 36 peratus berkuat kuasa 1 Ogos ini.
7. Malaysia, Indonesia bakal buka lebih 10 pintu sempadan baharu - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia bersetuju membuka lebih 10 pintu masuk baharu di sempadan Kalimantan, Sabah dan Sarawak susulan cadangan perpindahan ibu negara baharu Indonesia ke Kalimantan Timur.
8. AMM ke-58: Malaysia alukan inisiatif AICHR rangka dua deklarasi baharu - Mohamad Hasan
Malaysia mengalu-alukan inisiatif AICHR dalam merangka dua deklarasi baharu yang dianggap penting dalam landskap hak asasi manusia serantau.
9. Brazil umum dana hutan antarabangsa US$147 bilion, bakal dilancar semasa COP30
Brazil merancang untuk melancarkan dana antarabangsa bagi membiayai perlindungan hutan tropika semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP30) akhir tahun ini.
10. PM Jepun sifatkan keputusan tarif Trump sebagai "amat dukacita"
Kerajaan Jepun tidak akan berkompromi dalam mempertahankan kepentingan negara menerusi rundingan akan datang.
Topic Berkaitan
#berita dunia
#berita global
#berita antarabangsa
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan