DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Julai 2025.
Kerajaan Thailand mengeluarkan arahan segera kepada semua agensi berkaitan untuk menyelaras jumlah orang awam dan anggota kerajaan yang terkesan akibat pertempuran di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.
Kerajaan Kemboja menuduh Thailand melakukan jenayah perang susulan dakwaan penggunaan bom kluster dalam serangan udara dan artileri di wilayah Preah Vihear, menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa pelucutan senjata negara itu.
Sembilan orang maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di wilayah tengah Ha Tinh, Vietnam awal pagi Jumaat.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dijadualkan mengadakan mesyuarat tertutup pada Jumaat bagi membincangkan konflik bersenjata yang semakin memuncak di sempadan Thailand-Kemboja.
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong menyeru agar ketegangan antara Kemboja dan Thailand dapat diredakan secepat mungkin.
Pejabat Media Kerajaan Gaza mengesahkan jumlah wartawan yang terbunuh sejak bermulanya perang Israel ke atas Gaza kini meningkat kepada 232 orang.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menyifatkan keadaan di Gaza sebagai “malapetaka kemanusiaan” dan menggesa agar setiap usaha dilakukan untuk melindungi nyawa orang awam serta menamatkan penderitaan dan kebuluran yang semakin meruncing.
Sekumpulan rakyat Mesir melancarkan inisiatif simbolik dengan menghanyutkan botol plastik berisi makanan ke Laut Mediterranean sebagai usaha mendesak bagi membantu penduduk Gaza yang berdepan krisis kebuluran akibat sekatan berterusan oleh Israel.
Washington menolak cadangan Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk mengiktiraf negara Palestin.
Seorang pegawai kanan syarikat teknologi di Amerika Syarikat (AS) meletak jawatan selepas tular dalam sebuah klip video yang merakamkan aksinya memeluk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu ketika konsert Coldplay.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami