DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 21/10/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Oktober 2025.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 21 Oktober 2025.


1. PM Anwar mahu bincang isu perdagangan, kemerdekaan Palestin dengan Trump

Beberapa perkara berkaitan kepentingan perdagangan Malaysia dan usaha keamanan global, termasuk isu Gaza akan dibincangkan secara tertutup bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.



2. Trump akan lawat Malaysia, Jepun, Korea Selatan

Ini merupakan kali pertama Trump secara terbuka menyebut rancangan lawatan beliau ke Malaysia dan Jepun.


3. Sanae Takaichi catat sejarah sebagai perdana menteri wanita pertama Jepun

Pelantikan rasmi dijadual berlangsung petang ini selepas mendapat pengesahan daripada Dewan Negara dan pertemuan dengan Maharaja Naruhito.


4. EU kekalkan opsyen sekatan Israel selagi tiada perubahan di Gaza

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas pada Isnin mengesahkan bahawa blok itu masih mengekalkan kemungkinan untuk mengenakan sekatan terhadap pendudukan Israel.


5. JD Vance berlepas Tel Aviv perkukuh rundingan gencatan senjata Gaza

Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance, berlepas ke Tel Aviv pada Isnin dalam usaha mempertingkatkan diplomasi bagi mengembalikan pelan gencatan senjata Gaza.


6. Misi bantuan diteruskan, pasukan PBB mula pembersihan 60 juta tan sisa runtuhan di Gaza

PBB menyatakan dorongan terhadap komitmen semula gencatan senjata di Gaza, namun memberi amaran bahawa keganasan terkini boleh menjejaskan kemajuan rapuh gencatan senjata.


7. Trump tidak yakin Ukraine boleh menang perang

"Perang adalah sesuatu yang sangat pelik. Banyak perkara buruk berlaku dan kadang-kadang perkara baik juga berlaku," kata Presiden Trump.


8. Indonesia: Presiden Prabowo arah kos haji diturunkan, giliran menunggu dipendekkan kepada 26 tahun

Pesiden yakin sasaran itu boleh dicapai memandangkan kerajaan kini telah menubuhkan Kementerian Haji dan Umrah, berbanding sebelum ini yang diuruskan oleh Badan Penyelenggara Haji.


9. Tiga tahun lagi Indonesia akan hasilkan kereta buatan sendiri - Prabowo

Kerajaan telah menyediakan dana dan tapak kilang bagi projek berkenaan dan pasukan pembangunan kini sedang giat menjalankan kerja-kerja persiapan.


10. Presiden Malawi hapus yuran sekolah, ikrar tamatkan kebuluran

Presiden Malawi Peter Mutharika pada Ahad mengumumkan pelaksanaan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah bermula Januari 2026.


#berita pilihan #antarabangsa #Donald Trump #gencatan senjata