BEIJING: China bersama anggota ASEAN sedang memuktamadkan dokumen awal Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan, dengan bacaan kedua COC selesai dan kini menunggu bacaan ketiga.
Menteri Luar China Wang Yi berkata COC akan menjadikan Laut China Selatan kekal sebagai "lautan keamanan dan kerjasama".
"Pengalaman paling penting yang kami peroleh adalah untuk mematuhi dua prinsip. Pertama, perselisihan harus diurus dan diselesaikan melalui dialog dan perundingan antara negara yang terlibat secara langsung.
"Kedua, keamanan di laut itu perlu dijaga oleh China dan anggota ASEAN menerusi kerjasama. Ini juga merupakan prinsip teras dalam deklarasi tatalaku pihak-pihak di Laut China Selatan yang ditandatangani pada 2002," kata Wang pada sidang media Khamis.
Beliau berkata China banyak mengambil langkah-langah untuk mengawal keadaan dalam pertikaian maritim.
"Kami mahu lihat bahawa pihak-pihak terlibat perlu mencari penyelesaian yang saling boleh diterima atau dengan semua melalui usaha atas semangat jiran yang baik dan persahabatan serta menghormati fakta sejarah dan undang-undang," katanya.
Beliau juga menggesa "negara tertentu" di luar rantau itu supaya tidak membuat provokasi, memihak atau mencetuskan masalah di Laut China Selatan.
"Setelah mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, China dan ASEAN meneruskan dengan pelaksanaan COC dan pada masa yang sama mempercepatkan rundingan dalam COC dan mewujudkan peraturan serantau yang lebih berkesan, substantif selaras dengan undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang laut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Menteri Luar China Wang Yi berkata COC akan menjadikan Laut China Selatan kekal sebagai "lautan keamanan dan kerjasama". - Gambar fail
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu lebih tegas perjuang kedaulatan maritim negara
Ketiadaan tindakan konkrit dari Malaysia dalam menghadapi pelanggaran ini memunculkan pertanyaan penting mengenai strategi keamanan maritim.
[KOLUMNIS] Taktik zon kelabu kapal Penjaga Pantai China
Penting bagi negara-negara ASEAN, termasuk Malaysia, menyedari dan membuat keputusan dengan tepat untuk berhadapan dengan taktik ini.
Konflik Palestin-Israel: ASEAN-Jepun boleh main peranan penting secara kolektif - PM Anwar
ASEAN dan Jepun boleh memainkan peranan yang signifikan dalam komuniti global ke arah penyelesaian aman dan berpanjangan bagi konflik Palestin-Israel.
Malaysia tingkatkan kemampuan pertahanan udara dengan GM400 Alpha
Sistem radar Ground Master 400 Alpha ini merupakan peningkatan signifikan terhadap infrastruktur pertahanan Malaysia yang sedia ada.
[KOLUMNIS] Kukuhkan kedaulatan maritim Malaysia, jangan biarkan pencerobohan berulang
Malaysia perlu tingkatkan kerjasama dengan negara ASEAN lain yang menghadapi cabaran serupa, bentuk pendirian yang padu dan koheren.
Menteri Pertahanan Mohamad Hasan puas hati hasil mesyuarat ADMM
Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan rasa puas hati dengan keputusan ADMM ke-17 dan ADMM-PLus ke-10 selama dua hari yang membincangkan mengenai kepentingan keselamatan rantau ASEAN.
Menteri Pertahanan ASEAN gesa muktamadkan segera kod tatalaku Laut China Selatan
Langkah-langkah itu bertujuan meningkatkan komunikasi, saling mempercayai dan mengurangkan ketegangan dan insiden di udara dan di laut.