JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 200.6 juta kes.

Ini berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 35 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 31.8 juta kes dan Brazil dengan lebih  20 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia dan United Kingdom.

Sementara Turki melebihi 5 juta kes

Argentina, Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 3.56 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.6 juta.

Malaysia 1.18 juta kes manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 600,000 dan lebih 65,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.26 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 615,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 559,000 kes, India lebih 426,000 kes, Mexico lebih 242,000 kes.

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 100,000 kes.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 28,000 diikuti Malaysia manakala Thailand dengan lebih 5,000 angka korban.