awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Seorang positif, hampir 1,700 penumpang Royal Caribbean terpaksa berkurung

Saraya Mia
Saraya Mia
09/12/2020
14:21 MYT
COVID-19: Seorang positif, hampir 1,700 penumpang Royal Caribbean terpaksa berkurung
Pelabuhan tanpa destinasi Royal Caribbean merupakan kapal pertama untuk melayar sejak syarikat itu menghentikan operasi ke desinasi global sejak Mac lalu susulan pandemik. - Gambar fail
SINGAPURA:Ribuan penumpang kapal persiaran Royal Caribbean terpaksa berkurung di dalam kabin masing-masing selama lebih 14 jam pada Rabu, setelah seorang penumpang kapal tersebut didapati positif COVID-19.
Situasi tersebut menyebabkan kapal persiaran 'tanpa destinasi' itu terpaksa kembali ke pelabuhan.
Isnin lalu, sejumlah 1,700 penumpang kapal Quantum of the Seas itu telah menjalani ujian saringan RT-PCR tiga hari sebelum berlabuh.
Setakat tengah hari, 1,680 penumpang dan 1,148 anak kapal telah disahkan negatif, namun harus menjalani kuarantin di dalam bilik masing-masing ketika aktiviti pengesanan kontak masih dijalankan.
Kes indeks yang merupakan seorang lelaki berusia 83 tahun telah dilaporkan mengalami gejala cirit-birit.
Ujian saringan susulan kemudiannya mendapati lelaki tersebut positif COVID-19 dan dia telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Pelabuhan tanpa destinasi Royal Caribbean merupakan kapal pertama yang berlayar sejak syarikat itu menghentikan operasi ke desinasi global sejak Mac lalu susulan pandemik COVID-19.
Sebelum ini, kapal yang hanya membenarkan warga Singapura dan pelayaran tanpa henti, telah mula berlayar sejak Isnin lalu dan dijadualkan berpusing di perairan Singapura selama empat hari, sebelum terpaksa pusing semula ke pangkalan pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Singapura
#ujian saringan
#pandemik
#COVID-19
#positif
#Quantum of the Seas
#kapal persiaran
#rT-PCR
#kuarantin
#Royal Caribbean
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan