SEORANG doktor dari Norway, Dr Mads Gilbert berkongsi berita sedih pemergian rakannya yang juga Ketua Perkhidmatan Kecemasan di Hospital al-Shifa yang ‘dibunuh secara kejam’ dalam serangan Israel.

Kesedihan tambah berganda kerana ahli keluarga Dr Hani al-Haitham juga antara mangsa keganasan tentera zionis itu.

“Rakan baik saya dan rakan sekerja yang dikasihi, Dr Hani al-Haitham, ketua jabatan kecemasan Shifa (Hospital al-Shifa) telah dibunuh dengan kejam oleh Israel, bersama isteri tercintanya, Dr Sameera Ghifari dan lima anak mereka Shireen, Tia, Sameer, Wafa [ dan] Sara.

“Tanpa belas kasihan, askar Israel yang pengecut membunuh tujuh lagi orang awam yang tidak bersenjata,” kata Gilbert di platform X. - Agensi


“Satu lagi serangan ke atas kita semua, ke atas semua manusia. Anda tidak akan dilupakan, kami berjanji: Kami akan membina semula Syifa, Gaza, Palestin!” ikrar Gilbert.