KUWAIT CITY: Emir baharu Kuwait Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah berkenan menerima peletakan jawatan kabinet pada Rabu, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Kuwait (KUNA).
Menurut KUNA, Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah, akan terus berfungsi sebagai kerajaan sementara untuk menguruskan perkara-perkara mendesak sehingga Kabinet baharu dibentuk.
Pada Rabu, Sheikh Mishal secara rasmi memegang jawatan Emir pada majlis angkat sumpah di Parlimen.
Baginda bertitah bahawa akauntabiliti memainkan peranan amat penting dalam rangka kerja undang-undang.
"Kedua-dua pihak berkuasa perundangan dan eksekutif mesti melaksanakan tugas mereka demi kepentingan negara dan rakyatnya," titah baginda.
Emir berusia 83 tahun itu menggesa kerajaan dan Parlimen untuk mengkaji situasi semasa daripada perspektif seperti keselamatan, ekonomi dan sara hidup rakyat.
Baginda juga mengulangi komitmen terhadap kerjasama di rantau Teluk dan antarabangsa.
Baginda menggantikan kekandanya Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah yang mangkat pada usia 86 tahun pada Sabtu lepas.
Meshal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah menjadi Emir ke-17 negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah, akan terus berfungsi sebagai kerajaan sementara untuk menguruskan perkara-perkara mendesak sehingga Kabinet baharu dibentuk. - Foto AP
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Khamal Idris letak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC
KDA FC hari ini mengumumkan Khamal Idris Ali telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC setelah empat tahun menabur bakti bersama kelab itu.
Penting untuk lihat isu peletakan jawatan pegawai perubatan kontrak dalam pelbagai perspektif - MOH
Tindakan merumuskan peningkatan peletakan jawatan MO sebagai semata-mata disebabkan oleh salah urus mungkin terlalu memudahkan penyelesaian.
Emir baharu Kuwait terima peletakan jawatan kabinet
Kabinet akan terus berfungsi sebagai kerajaan sementara untuk menguruskan perkara-perkara mendesak sehingga Kabinet baharu dibentuk.
SDP umum peletakan jawatan Amir Hamzah Azizan sebagai ahli lembaga pengarah
Sime Darby Plantation Bhd (SDP) mengumumkan peletakan jawatan pengarah bukan bebas bukan eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Mohammad Agus sahkan hantar surat letak jawatan KP J-KOM
Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak.
Peletakan jawatan Mohd Rafiq perlu jadi teladan pemimpin politik - Faizal Azumu
Keputusan itu mencerminkan kualiti tinggi seorang pemimpin kerana mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini.
PRN Sarawak: PSB kesal tuduhan terbuka Aditajaya
Parti Sarawak Bersatu (PSB) kesal dengan tindakan Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi yang mendakwa parti itu memaksa beliau meminjam wang sebagai dana PRN 12.
Perkhidmatan awam tidak terkesan - KSN
Perkhidmatan awam tidak akan terkesan dengan situasi semasa negara, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Ratusan berhimpun desak PM Israel letak jawatan
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar kediaman rasmi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Jerusalem bagi menuntut peletakan jawatannya.
PAFA terima peletakan jawatan Ahmad Faizal
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden persatuan itu.