BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah akan kemukakan Rang Undang-undang baharu untuk tangani tindakan elak cukai susulan pendedahan Pandora Papers.
Cadangan Rang Undang-undang itu dijangka akan dibentangkan menjelang hujung tahun ini.
Pesuruhjaya Cukai EU, Paolo Gentiloni memberitahu, cadangan itu disenaraikan selepas kebocoran data daripada Pandora Papers.
Dokumen itu mendedahkan bagaimana golongan kaya dan berkuasa secara sistematik menggunakan syarikat luar pesisir untuk mengurangkan pembayaran cukai.
Biarpun aktiviti mengoptimumkan kutipan cukai tidak semestinya melibatkan kegiatan meragukan, namun, pembayaran cukai rendah oleh golongan kaya atas bantuan penasihat cukai, dipertikaikan.
Apatah lagi dalam keadaan dunia masih cuba bangkit semula dari krisis ekonomi disebabkan pandemik COVID-19.
Rang Undang-undang baharu ini akan menyenaraikan peraturan dan maklumat yang perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa kawal selia cukai.
Ini bagi memastikan pembayaran cukai secara efektif oleh syarkkat multinasional.
Astro Awani
Wed Oct 06 2021
Dokumen itu mendedahkan bagaimana golongan kaya dan berkuasa secara sistematik menggunakan syarikat luar pesisir untuk mengurangkan pembayaran cukai.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
Kertas Pandora: Tiada pilih kasih, SPRM siasat semua nama yang tersenarai - Azalina
SPRM bertindak mengikut undang-undang, peraturan dan bebas menyiasat tanpa sebarang campur tangan atau pengaruh daripada pihak luar, tegas Azalina.
Wujudkan akta campur tangan asing
Ramai pakar berpendapat Pandora Papers yang didakwa melibatkan bekas Menteri Kewangan adalah satu usaha campur tangan pihak luar.
Pandora Papers: Siasat semua termasuk bekas Perdana Menteri - PM Anwar
Tegas beliau, siasatan dijalankan berdasarkan bukti dan fakta tetapi sekiranya wujud penyalahgunaan kuasa atau motif politik, mana-mana pihak boleh mencabarnya.
Bekas Menteri Kewangan disiasat berhubung harta ratusan bilion ringgit di luar negara - Laporan
SPRM dilaporkan menjalankan siasatan ke atas seorang bekas Menteri Kewangan berhubung penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan bilion ringgit sehubungan pendedahan 'Pandora Papers'.
Pandora Papers: Apakah negara kita begitu lembap? - Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang itu mendakwa, kebanyakan wang tersebut dibawa keluar melalui sebuah syarikat di Singapura yang dikenali sebagai Asia City.
Pandora Papers: Teliti akaun 'offshore', cari langkah pastikan ketelusan dana - Mukhriz
Apa yang penting adalah menggariskan perbezaan yang jelas antara wang untuk tujuan tertentu dan sogokan.
Pandora Papers: Tidak salah dari sudut undang-undang namun tidak sesuai dari segi moral - Tun Mahathir
Kebanyakan senarai nama yang terdapat di dalam laporan tersebut itu akan dikenakan cukai seandainya membawa masuk wang hasil perniagaan mereka di negara luar.
Hasil siasatan Pandora Papers akan dibentangkan di Parlimen - Wan Junaidi
Hasil siasatan Pandora Papers yang didakwa melibatkan beberapa figura terkemuka negara akan dibentang di Parlimen selepas selesai.
Pandora Papers: Anwar tidak akan beri kerjasama pada SPRM sekiranya diminta tutup mulut
Jika siasatan tersebut adalah untuk menghentikan beliau daripada bercakap mengenai Pandora Papers, Anwar tidak akan memberikan kerjasama kepada SPRM.
Pandora Papers: Anwar akan dipanggil dalam masa terdekat - Azam
SPRM akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan beliau mengenai Pandora Papers yang melibatkan beberapa figura terkemuka, dalam masa terdekat.