NEW DELHI: India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna.
Kerajaan memutuskan untuk memindahkan eksport bawang daripada kategori bebas kepada larangan sehingga 31 Mac, menurut Direktorat Perdagangan Luar Negeri.
Kenaikan harga makanan di negara paling ramai penduduk dunia itu boleh menjadi isu yang mencetuskan pergolakan politik, terutama menjelang pilihan raya parlimen tahun depan.
Kekurangan bawang yang menjadi bahan utama dalam masakan India selain harganya yang tinggi berpotensi mencetuskan kekecohan dalam politik India.
Harga runcit bawang telah meningkat kepada kira-kira 80 rupee (US$1 = 83.3 rupee India) di New Delhi, hampir dua kali ganda daripada harga pada Oktober.
Kerajaan menetapkan harga lantai untuk eksport pada US$ 800 setan pada Oktober hingga akhir 2023.
Bagaimanapun, dengan larangan eksport, kerajaan berharap dapat memastikan harga domestik kekal mampu milik kepada pengguna biasa.
Langkah itu bertujuan untuk membendung inflasi makanan.
Kementerian Hal Ehwal Pengguna pada Jumaat juga mengurangkan separuh had stok gandum yang boleh disimpan oleh pemborong dan peruncit.
"Langkah itu diambil untuk mengurus keterjaminan makanan secara menyeluruh selain bagi mencegah lambakan dan spekulasi tidak bertanggungjawab," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
India, pengeluar gula terbesar dunia pada Khamis turut mengarahkan kilang gula dan kilang penyulingan supaya tidak menggunakan jus tebu atau sirap gula untuk pengeluaran etanol.
Awal tahun ini, India menghentikan eksport beras putih bukan basmati berikutan kekurangan bekalan domestik, mencetuskan kebimbangan dalam pasaran makanan global.
Kerajaan bagaimanapun telah melonggarkan sekatan atas alasan keterjaminan makanan dengan membenarkan beberapa tawaran eksport ke beberapa negara secara dua hala.
Dengan pilihan raya 2024 yang semakin hampir, kerajaan dijangka menjadi lebih peka terhadap situasi bekalan bahan makanan utama dan ramuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Kerajaan India memutuskan untuk memindahkan eksport bawang daripada kategori bebas kepada larangan sehingga 31 Mac. - Gambar hiasan/Facebook - Oppa Mart
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
15 pekerja maut bas terjunam dalam lombong di tengah India
Sekurang-kurangnya 15 pekerja terbunuh selepas bas yang membawa mereka terjunam ke dalam lombong di tengah India pada Selasa malam.
Harimau Muda atasi India 2-1
Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan menundukkan India 2-1 pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Doktor terpendek di dunia
Tiada siapa sangka seorang lelaki di India dinobatkan doktor terpendek di dunia apabila hanya mempunyai ketinggian tiga kaki atau 91 sentimeter.
Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia
Dalam aksi di Birmingham itu, Zii Jia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 dalam masa 33 minit permainan.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Pelan Tindakan Masyarakat India akan diteliti semula
Satu sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk kumpulan fokus akan diadakan bulan ini.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.