awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India sambut baik keputusan pembebasan juruterbang

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2019
22:46 MYT
India sambut baik keputusan pembebasan juruterbang
RGK Kapoor bercakap kepada media di Kementerian Pertahanan India di New Delhi, India, 28 Feb, 2019. REUTERS
India menyambut baik keputusan Pakistan untuk membebaskan juruterbang Tentera Udara India, Komander Abhinandan Varthaman yang dijadual pada Jumaat.
Pegawai Kanan Tentera Udara India RGK Kapoor berkata, pihaknya gembira dengan pengumuman dibuat Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan menanti kepulangan Abhinandan.
"Bagi pihak tentera udara India, kami gembira juruterbang kami yang ketika ini berada dalam tahanan Pakistan, akan dibebaskan.
"Kami sangat gembira dia akan pulang. Kami mahu melihat dia pulang. Sebaik sahaja dia diserahkan kepada pihak kami, kami akan mengeluarkan lebih banyak kenyataan berhubung perkara ini," kata Kapoor pada satu sidang media pada Khamis.
Bagaimanapun Mejar Jeneral Tentera India, Surinder Singh Mahal berkata, pasukannya tetap berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani sebarang provokasi di Pakistan.
BACA: Pakistan akan bebaskan juruterbang tentera India pada Jumaat
Terdahulu pada hari yang sama, pengumuman pembebasan juruterbang itu dibuat Imran Khan di Parlimen, sebagai usaha damai bertujuan meredakan konfrontasi antara Pakistan dan India.
Juruterbang itu ditahan selepas jet pejuang Mig-21 yang dipandunya ditembak ketika pertempuran udara antara tentera kedua-dua negara itu, di Kashmir, kawasan yang menjadi rebutan.
Topic Berkaitan
#India
#Juruterbang
#Komander Abhinandan Varthaman
#Pakistan
#pembebasan
#RGK Kapoor
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan