SEOUL: Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai "jentera pelancar angkasa lepas" ke arah selatan pada Rabu, namun jatuh ke Laut Kuning selepas penerbangan "tidak normal", kata tentera Korea Selatan.
Korea Utara yang mengesahkan kegagalan itu berkata roket baharunya "Chollima-1" yang membawa satelit peninjau ketenteraan "Malligyong-1," jatuh ke laut ekoran "penghidupan enjin peringkat kedua yang tidak normal," lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan rasmi Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Korea Utara merancang menjalankan pelancaran kedua secepat mungkin.
Ketua Staf Bersama (JCS) Seoul berkata ia mengesan pelancaran dari Tongchang-ri di pantai barat Utara pada 6.29 pagi dan peluru itu jatuh ke perairan kira-kira 200 kilometer ke barat pulau Eocheong selepas penerbangannya melintasi perairan pulau sempadan Baengnyeong.
Awal minggu ini, Korea Utara memaklumkan kepada Jepun dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa mengenai rancangannya untuk melancarkan satelit antara 31 Mei dan 11 Jun walaupun terdapat kritikan bahawa tindakan itu akan melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang melarang sebarang pelancaran menggunakan teknologi peluru berpandu balistik.
Rejim itu kali terakhir melancarkan roket yang membawa apa yang dipanggil satelit "Kwangmyongsong-4" pada Februari 2016.
Amerika Syarikat mengecam pelancaran itu dan Presiden Joe Biden serta pasukan keselamatan sedang menilai situasi bersama sekutu dan rakan kongsinya.
Pelancaran roket itu merupakan provokasi pertama Utara sejak ia melancarkan apa yang didakwanya sebagai peluru berpandu balistik antara benua Hwasong-18 pada 13 April.
Sebelum ini, Korea Utara melancarkan apa yang dipanggil roket pembawa satelit lima kali -- masing-masing satu pada 1998, 2009 dan 2016, dan dua kali pada 2012.
Korea Utara mendakwa telah meletakkan satelit ke orbit selepas pelancarannya pada Disember 2012 dan 2016 namun masih belum diketahui sama ada ia telah berfungsi secara normal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Foto dipercayai menunjukkan sebahagian jentera pelancar angkasa lepas yang terjatuh ke dalam laut pada 31 Mei 2023. -Reuters
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Kini adalah masa untuk Korea Utara siap hadapi perang - Kim Jong-un
Keadaan geopolitik tidak stabil beri petanda untuk Korea Utara lebih bersedia menghadapi peperangan berbanding sebelum ini, kata Kim Jong-un.
FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun
FIFA berkata bahawa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Utara berjaya bangunkan sistem kawalan pelancar roket baharu
Tindakan itu dikritik oleh Amerika Syarikat dan sekutunya sebagai ketegangan yang semakin meningkat di Semenanjung Korea.
Korea Utara tutup kedutaan di Hong Kong, Libya
Korea Utara menutup misi diplomatik di Hong Kong dan Libya, menurut seorang pegawai kementerian luar, lapor Agensi Berita Yonhap pada Selasa.
Korea Utara lancar lagi peluru berpandu jelajah
Korea Utara pada Ahad melancarkan beberapa peluru berpandu jelajah dari pantai timurnya, kata tentera Korea Selatan.
Rusia tolak dakwaan jalin kerjasama ketenteraan dengan Korea Utara
Moscow secara mutlaknya menolak tuduhan Washington dan sekutunya mengenai kerjasama teknikal ketenteraan haram Rusia dengan Korea Utara.
Korea Utara uji peluru berpandu krus strategik terbaharu
Pelancaran "Pulhwasal-3-31" sekali gus menandakan pelancaran peluru berpandu krus strategik terbaharu oleh Korea Utara sejak September tahun lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja dihukum jadi buruh paksa 12 tahun kerana tonton K-drama
Pyongyang menghukum dua remaja lelaki menjadi buruh paksa selama 12 tahun, gara-gara menonton drama Korea yang lebih sinonim dengan singkatan K-drama.