Pada usia lapan bulan Afsheen Kumbar, 11, dari Pakistan terjatuh ketika bermain di luar rumah. Tragedi itu mengubah hidupnya apabila ia menyebabkan kepalanya membongkok pada sudut 90 darjah.
Disebabkan kurang berkemampuan, kecederaan Afsheen tidak dirawat sehingga ia menjadi teruk dan mengalami gangguan otot pada leher dikenali sebagai torticollis.
Torticollis boleh berpunca daripada kecederaan pada tulang belakang atau otot leher yang mengakibatkan otot leher kejang atau pitam.
Keadaan itu membuatkan dia hidup dalam kesakitan selain menyukarkannya untuk makan, ke tandas dan susah berjalan.
Selain itu, ia juga menghalang Afsheen ke sekolah dan hanya menghabiskan masa di rumah bersama ibunya, Jameelan, 52, dan abang Mohammad Yaqoob Kumbar, 27.
Selepas bapa Afsheen meninggal dunia akibat kanser tahun lalu, keluarganya tidak mampu menampung wang pembedahan bagi membantu memulihkan kanak-kanak itu.
Kisah Afsheen mendapat perhatian dunia dua tahun lalu yang membawa kepada tawaran untuk menaja pembedahannya daripada seorang pemimpin wanita.
Februari lalu, Afsheen dibawa ke Hospital Universiti Agha Khan di Karachi untuk menjalani pemeriksaan.
“Doktor beritahu peluang untuk pembedahan berjaya hanya 50 peratus dan minta kami pulang untuk memikirkannya.
“Selepas sebulan pemimpin yang berjanji untuk menaja pembedahan Afsheen tidak membalas panggilan kami dan terus senyap,”jelas Mohammad Yaqoob.
Katanya lagi, mereka sekeluarga tidak mempunyai wang untuk membawanya ke hospital dan dia terpaksa berhenti kerja bagi menjaga adiknya.
“Kami ada membawanya berjumpa doktor tempatan di bandar namun mereka beritahu hanya pakar boleh merawat Afsheen. Dia juga menasihatkan kami mendapatkan rawatan di luar negara.
“Saya merayu kepada kerajaan dan penduduk setempat untuk membantu adik saya. Dia perlu dibedah untuk hidup normal,”ujarnya. - Daily Mail
Agensi
Fri Jul 12 2019
Kepala Afsheen teleng 90 darjah selepas terjatuh ketika berusia lapan bulan. - Foto Agensi
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Selamatkan Gaza: Gaza semakin hari semakin memburuk
Peperangan di Gaza semakin hari semakin memburuk. Setakat ini dilaporkan lebih 37 ribu warga Gaza telah terkorban kerana serangan demi serangan daripada rejim Zionis.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.
Hampir 31,000 rakyat Palestin terbunuh pada hari ke-156 serangan Israel ke atas Gaza
Lebih 30,960 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke-156, kata pihak berkuasa kesihatan di wilay