KETIKA Israel dan Palestin berbalas serangan, penyokong Palestin di beberapa lokasi di seluruh dunia menzahirkan solidariti masing-masing.

Di Chicago, Amerika Syarikat penyokong Palestin berkumpul bagi menyuarakan bantahan terhadap kekejaman tentera Israel pada Rabu.

Protes dianjurkan pertubuhan Chicago Coalition for Justice in Palestine.

Mereka berkumpul sambil mengibarkan bendera Palestin dan mengutuk kekejaman Israel.

Sementara itu, di Paris, perancis penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di Palace Des Invalides bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Mereka mengadakan perhimpunan bersebelahan dengan bangunan Kementerian Luar Perancis, pada Rabu.

Seorang penunjuk perasaan mengedarkan risalah ketika memprotes serangan udara Israel ke atas Palestin, di Paris, 12 Mei, 2021. (Foto AP)

Pada masa sama, beberapa peserta perhimpunan mendakwa ketidakadilan oleh polis kerana kad pengenalan mereka diperiksa manakala penyokong pro-Israel tidak diperlakukan sedemikian rupa.

Kumpulan pro-Palestin membawa sepanduk dengan slogan yang bermaksud 'Gaza memerlukan suara kita sekarang'.

BACA: Serangan Zionis ke atas Palestin berterusan, angka kematian meningkat 65

BACA: Konflik Asia Barat: PBB desak Israel, Palestin henti serangan

Dalam pada itu, penunjuk perasaan pro-Palestin bertembung dengan polis di luar Kedutaan Israel di Athens, Greece pada Rabu.

Penunjuk perasaan menzahirkan protes terhadap operasi tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Ratusan penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Israel dan membakar bendera Israel.

Polis cuba meleraikan mereka menggunakan gas pemedih mata.