PARIS: Lebih 3,000 orang telah dipindahkan akibat kebakaran hutan melanda berhampiran Saint-Andre pada petang Khamis, di selatan Perancis.

Kebakaran berlaku kira-kira 5.15 petang waktu tempatan (1515 GMT), Xinhua memetik laporan saluran berita Perancis BFMTV.

Menurut anggota bomba tempatan, kira-kira 530 hektar tanah telah terbakar, mengakibatkan lebih 3,000 orang dipindahkan ke kawasan selamat.

Pegawai jabatan Rodrigue Furcy berkata keadaan beransur "baik", tetapi kebakaran "belum dapat dikawal sepenuhnya".

Lebih 500 anggota bomba telah dikerah untuk membendung kebakaran hutan dengan bantuan 13 pesawat dan tiga helikopter, menurut Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin.

Pada 2022, 72,000 hektar tanah musnah dijilat api, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis.

-- BERNAMA