Malam tadi merupakan malam yang penuh keganasan di London.
Di Tottenham, seorang gadis berusia 17 tahun ditembak mati pada 9.35 malam waktu tempatan.
Mangsa dijumpai polis dengan luka tembakan di Chalgrove Road berhampiran stesen Northumberland Park.
"Walaupun usaha terbaik diberi oleh pihak Ambulans London, gadis itu disahkan maut di tempat kejadian," seorang jurucakap Scotland Yard dipetik berkata oleh Evening Standard.
Tidak sampai 30 minit kemudian, polis dimaklumkan tentang satu lagi serangan di Markhouse Road di Walthamstow, timur London yang membabitkan dua mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 15 tahun.
Apabila tiba di lokasi, mereka mendapati remaja 16 tahun itu ditembak manakala seorang lagi ditikam.
Kedua-duanya dikejarkan ke hospital dan dilapor berada dalam keadaan kritikal.
Pihak polis masih tidak dapat mengesahkan jika kedua-dua insiden itu berkait dan tiada tangkapan dibuat sehingga ini.
Sebelum ini, insiden keganasan di London dilaporkan semakin meningkat sejak awal 2018.
Ahad lalu, seorang lelaki berusia 20 tahun menjadi mangsa tikam ke-31 London pada tahun ini. Menurut laporan, mangsa ditikam ketika meninggalkan sebuah bar di Wandsworth dan maut di tepi jalan.
Menurut laporan Sunday Times baru-baru ini, buat pertama kalinya, kadar pembunuhan di London telah mengatasi New York City di Amerika Syarikat.
Pada Februari, London telah menyaksikan lebih banyak pembunuhan daripada New York dengan 15 kematian. Daripada jumlah itu, sembilan mangsa berumur 30 tahun ke bawah.
Laporan itu juga menyatakan London mengalami 22 serangan maut akibat tembakan dan tikaman pada Mac, lebih tinggi daripada 21 kes di NYC. Kedua-dua bandar mempunyai saiz populasi yang sama, sekitar 8.5 juta penduduk.
Kadar pembunuhan di New York City juga telah menurun 87 peratus sejak tahun 1990-an manakala di London, ia meningkat hampir 40 peratus dalam masa tiga tahun, tidak termasuk kematian akibat serangan pengganas.
Agensi
Tue Apr 03 2018
Kawasan di Tottenham di mana seorang remaja perempuan ditembak mati pada Isnin malam. -Twitter/@999london
Sock Tao nafi kempen PH langgar akta
Pang Sock Tao menafikan pihaknya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ketika berkempen seperti didakwa pembangkang.
YouTube perkenal ciri 'Jump Ahead', langkau terus ke bahagian menarik
Jump Ahead yang telah diuji sejak beberapa bulan yang lalu membolehkan penonton terus melangkau ke bahagian yang menarik di dalam video mengikut pola tontonan pengguna yang lain.
Lelaki kekal dilepas dan dibebaskan tuduhan rogol budak umur 4 tahun
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak.
[TERKINI] Reaksi peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional
Bersama kita di dalam talian Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid, untuk memberi pandangan secara terus berkenaan dengan pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).
[TERKINI] Majlis Peluncuran Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim & Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hadir ke Majlis Peluncuran Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategy [NACS]) Anjuran SPRM di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
Apple sedang bangunkan cip kendiri untuk jalankan perisian AI
Cip AI kendiri ini akan digunakan di pusat data Apple dengan ini
Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
AWANI Ringkas: Proton catat pertumbuhan 17.1% untuk April
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.