PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan dron oleh Houthi yang menyasarkan kawasan dan kemudahan awam, termasuk ke atas lapangan terbang dan kilang penapisan minyak di Arab Saudi, baru-baru ini.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis menyatakan Malaysia bersimpati dengan mereka yang terjejas dalam serangan yang mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan harta benda.
"Malaysia menolak semua bentuk keganasan dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk memperhebat usaha menamatkan permusuhan yang boleh menjejaskan keamanan serta kestabilan di rantau ini," menurut kenyataan itu.
Malaysia mengulangi sokongannya untuk penyelesaian konflik di Yaman secara inklusif serta aman menerusi dialog dan rundingan.
Selain itu, Malaysia turut menyokong usaha Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Yaman yang bertujuan mencari penyelesaian secara damai dan aman bagi konflik di Yaman.
Media antarabangsa melaporkan, serangan dron oleh puak Houthi di Yaman yang menyasarkan lapangan terbang Raja Abdullah di sempadan bandar Jazan, Arab Saudi pada akhir Februari telah mencederakan 16 orang.
Sementara itu, pada 10 Feb, dilaporkan 12 orang awam cedera dalam serangan yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha, Arab Saudi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis menyatakan Malaysia bersimpati dengan mereka yang terjejas dalam serangan yang mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan harta benda. - Gambar/ Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihat terus ambil langkah waspada
Walaupun keadaan di Korea Selatan sudah kembali pulih, namun, rakyat Malaysia harus mengambil langkah keselamatan dan kekal berwaspada.
Pelanggaran sempadan maritim: Sabah serah kepada Persekutuan untuk tindakan
Kerajaan Sabah menyerahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Wisma Putra dalam usaha mendepani serta mengambil tindakan lanjut mengenai isu dua akta maritim baharu Filipina.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada susulan letusan gunung berapi Flores
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Isnin mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di kawasan terjejas berada dalam keadaan selamat.
Letupan bom di Pakistan: Kementerian Luar Negeri nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan berwaspada dan sentiasa dapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai.
CMAG: Malaysia dipilih sambung keahlian bagi penggal ketiga, bukti perjuang nilai tadbir baik
Malaysia dipilih untuk menyambung keahliannya dalam Kumpulan Tindakan Menteri-Menteri Komanwel (CMAG) bagi penggal ketiga, berturut-turut, untuk tempoh 2024-2026.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Kristine di Filipina setakat ini
Kementerian Luar memaklumkan bahawa taufan ini dijangka keluar dari kawasan tanggungjawab Filipina pada Jumaat, dan rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan agar berwaspada.
Malaysia kecam serangan di TAI, minta rakyat Malaysia waspada
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI).
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Rakyat Malaysia di Iraq, Iran diminta mendaftar melalui E-Konsular - Wisma Putra
Semua rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke Iraq dan Iran disarankan untuk segera mendaftar melalui E-Konsular.
Tiada pelajar Malaysia berdaftar lanjut pengajian di Lubnan - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi mengesahkan tiada pelajar Malaysia berdaftar yang melanjutkan pelajaran di Lubnan, setakat ini.