KUALA LUMPUR: Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono menjangkakan sekitar 30 peratus daripada 832,420 rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia dan berdaftar sebagai pemilih akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024.
Beliau berkata ia berdasarkan trend peratusan keluar mengundi yang ditunjukkan dalam beberapa Pemilu yang dijalankan sebelum ini.
"Sebelum ini ada turun naik sedikit tetapi di sekitar itu (30 peratus)," katanya kepada Bernama.
Hermono berkata enam pusat pengundian akan dibuka pada Ahad ini bagi proses undi awal untuk pemilih berdaftar di Malaysia iaitu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur melibatkan 222,945 pemilih, Johor Bahru (2,684), Pulau Pinang (5,375), Kota Kinabalu (2,811), Tawau (20,247) dan Kuching (2,988).
Beliau berkata pemilihan melalui peti undi bergerak turut dijalankan di komuniti penempatan warga Indonesia serta kilang dan ladang yang bermula 1 Feb lepas hingga Sabtu ini.
Beliau berkata Panitia Pemilihan Luar Negeri (PPLN) Indonesia turut menjalankan pengundian secara pos yang dikirim ke alamat 156,367 pemilih di Malaysia pada 2 Jan lepas dengan kerjasama Pos Malaysia.
Hermono berkata walaupun pelbagai kaedah digunakan untuk menggalakkan mereka menunaikan hak masing-masing namun peratusan keluar mengundi tidak begitu tinggi kerana ada dalam kalangan mereka yang tidak berniat untuk mengundi.
"Ada juga kemungkinan, dia tidak menerima surat undi atau tempat itu tidak ada peti undi bergerak (mobile voting) atau tidak tahu cara untuk mengundi.
"Kalau yang ada di kilang dan ladang, sambutannya baik kerana biasanya mereka tinggal di asrama pekerja (hostel), jadi participation rate mereka bagus. Tetapi di komuniti agak kurang kerana mungkin mereka keluar bekerja," katanya.
Hermono berkata proses pengundian Pemilu di Malaysia sering mendapat perhatian di Indonesia kerana melibatkan jumlah pemilih luar negara terbesar.
Menurutnya, jumlah pemilih berdaftar di Malaysia itu adalah kira-kira 47.55 peratus daripada keseluruhan 1.75 juta pengundi dalam daftar pemilih luar negeri di seluruh dunia bagi Pemilu kali ini.
Bagi memastikan kelancaran proses pengundian di Kuala Lumpur, Hermono berkata seramai 1,500 petugas PPLN terlibat dalam menjalankan pilihan raya serta mendapat kerjasama baik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Wisma Putra.
"Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana sehingga ke hari ini kami mendapat sokongan penuh untuk melaksanakan pilihan raya ini secara lancar dan aman," katanya, sambil berharap proses Pemilu di Malaysia terus berjalan lancar dengan tertib tanpa berlaku kejadian tidak diingini.
Kira-kira 240 juta rakyat Indonesia akan meraikan pesta demokrasi dalam Pemilu 2024 pada 14 Feb ini untuk memilih presiden, naib presiden, ahli Perhimpunan Perundingan Rakyat dan wakil untuk badan perundangan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Hermono berkata, pemilihan melalui peti undi bergerak turut dijalankan di komuniti penempatan warga Indonesia serta kilang dan ladang yang bermula 1 Feb lepas hingga Sabtu ini. - Bernama
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
Prabowo-Gibran diumumkan pemenang rasmi Pilpres 2024
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.
Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya
Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Biarpun jauh di New York, Cinta Laura Kiehl tidak lepas tanggungjawab mengundi
Biarpun Jauh Di New York, Cinta Laura Kiehl Tak Lepas Tanggungjawab Mengundi Sempena PEMILU 2024
Teknologi terkini, media sosial lancarkan Pemilu 2024 di Sabah
Penggunaan teknologi terutama melibatkan teknologi maklumat dan media sosial memainkan penting dalam melancarkan proses Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk warga Indonesia di Sabah.
Pertama kali sertai politik, Once Mekel rayu rakyat Indonesia di Malaysia mengundinya
Once merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat.
Pemilu 2024: Jutaan hadir kempen akhir, Anies sifatkan “tiada hati yang tidak bergetar”
Ratusan ribu penyokong calon presiden dan wakil presiden nombor 1 Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar membanjiri Jakarta International Stadium bagi menghadiri kempen terakhir pada Sabtu.
Pemilu: Duta Indonesia jangka 30 peratus pemilih berdaftar di Malaysia tunai tanggungjawab
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono menjangkakan sekitar 30 peratus daripada 832,420 rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia dan berdaftar sebagai pemilih akan menunaikan tanggungjawab.
Indonesia: Lebih 205 juta pengundi layak mengundi pada pilihan raya 2024
Lebih 205 juta rakyat Indonesia yang tinggal di dalam dan luar negara layak mengundi dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 14 Feb 2024, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU).
Henti spekulasi, tiada penggal ketiga untuk Presiden Jokowi
Jokowi berulang kali menegaskan beliau tidak berminat menjadi Presiden untuk penggal ketiga dan patuh kepada had dua penggal yang ditetapkan dalam Perlembagaan.