awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin agung Iran gelar AS rakan sejenayah Israel aniaya penduduk Palestin

Bernama
Bernama
18/05/2018
01:29 MYT
Pemimpin agung Iran gelar AS rakan sejenayah Israel aniaya penduduk Palestin
Ali Khamenei turut menggesa negara-negara Islam menyatakan pendirian terhadap jenayah tersebut. - Gambar fail
Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pada Khamis menggelar Amerika Syarikat (US) sebagai rakan sejenayah Israel dalam menganiaya penduduk Palestin, lapor agensi berita China Xinhua.
"Al-Quds (Baitulmaqdis) adalah ibu negara Palestin dan ia akan dibebaskan daripada musuh-musuh dengan pertolongan Tuhan," katanya dalam hantaran terkini di laman sesawang rasmi beliau.
Ali Khamenei turut menggesa negara-negara Islam "untuk menyatakan pendirian terhadap jenayah ini."
'’AS dan Israel akhirnya akan menyerah kepada kehendak umat Islam,'’ katanya.
BACA: Pertempuran berdarah di Gaza: Putin, Erdogan lahir kebimbangan serius
BACA: Israel mengganas, puluhan warga Palestin maut dalam tunjuk perasaan
Presiden Iran, Hassan Rouhani, pada Rabu menyelar beberapa negara Arab dan negara Islam kerana "berdiam diri" susulan pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan Palestin oleh tentera Israel.
Pada 14 Mei, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin di Gaza, yang mengadakan tunjuk perasaan membantah pembukaan Kedutaan AS di Baitulmaqdis menyebabkan 62 orang terbunuh manakala beribu-ribu lagi cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Quds
#Amerika Syarikat
#Arab
#Ayatollah Ali Khamenei
#Baitulmaqdis
#Gaza
#Hassan Rouhani
#Iran
#Islam
#Israel
#jenayah
#negara Islam
#Palestin
#rakan sejenayah
#tembakan
#tentera
#tunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan