RAWALPINDI: Penyokong Imran Khan melancarkan protes di Rawalpindi pada Khamis susulan serangan ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Dalam kejadian itu seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan yang menyebabkan Imran cedera.

Kejadian itu juga menyebabkan seorang penyokongnya maut dan sembilan lagi cedera.

Suspek telah ditangkap dan polis kemudian mengeluarkan video menunjukkan suspek kini berada dalam tahanan.

Suspek mengaku melepaskan tembakan dan mengaku bertindak sendirian.

BACA: Bekas PM Pakistan, Imran Khan ditembak

Kejadian terbaharu ini menimbulkan kebimbangan tentang ketidakstabilan politik yang semakin meningkat di Pakistan.

April lalu Imran hilang jawatan Perdana Menteri selepas undi tidak percaya dibuat ke atasnya.

Sejak itu, Imran menggerakkan perhimpunan  besar-besaran di seluruh negara.

Imran mendakwa jadi mangsa mangsa konspirasi oleh penggantinya, Perdana Menteri Shahbaz Sharif dan Amerika Syarikat.

Sharif mengutuk serangan Khamis dan mengarahkan kerajaannya menyiasat kejadian itu.