LONDON: Raja Charles dari England merayu agar seluruh masyarakat dunia agar saling bertoleransi dan menghormati dalam aspek beragama ketika konflik semakin berterusan di Israel dan Palestin.

Dalam ucapan di Mansion House, London pada Rabu, baginda bertitah mengenai "kehilangan nyawa yang meruntun hati".

Raja Charles telah lama menyokong usaha membangunkan jambatan antara agama dan menyifatkan negara baginda United Kingdom (UK) sebagai "komuniti kepada seluruh komuniti" (community of communities).

Sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober, Raja Charles telah berkomunikasi dengan Raja Abdullah II dari Jordan; Presiden Israel, Isaac Herzog dan Ketua Rabai UK, Sir Ephraim Mirvis.

Baginda turut menggesa agar "ruang untuk bernafas" diberikan bagi membolehkan masyarakat "berfikir dan bercakap secara bebas" dan untuk pertikaian berlaku "dengan bersemangat, tetapi tidak bersikap agresif." - Agensi