Hampir 80 orang dilaporkan masih hilang susulan kejadian sebuah feri hilang di perairan Sulawesi, Indonesia semalam.

Kementerian Pengangkutan negara itu mengesahkan tiga orang, termasuk dua kanak-kanak telah ditemui lemas, manakala 39 orang lain yang telah diselamatkan.

Pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui feri berkenaan.

Pihak Polis memberitahu AFP bahawa feri itu membawa118 orang dari pulau Sulawesi apabila ia menghantar isyarat kecemasan pada petang Sabtu.

Usaha mencari dan menyelamat terjejas turut terjejas kerana ombak mencapai ketinggian sehingga lima meter (16 kaki) tinggi.

Apabila ditanya sama ada feri itu telah karam ke dasar, jurucakap polis Sulawesi Selatan Frans Barung berkata: "Mungkin ya , mungkin tidak".

Pihak berkuasa terputus hubungan dengan feri itu lewat petang Sabtu, dan ia gagal untuk tiba di destinasinya di Siwa di Teluk Bone seperti yang dijadualkan.