SEBUAH kapal persiaran dengan ratusan penumpang positif COVID-19 berlabuh di Sydney, Australia pada Sabtu, selepas dilanda gelombang jangkitan.
Memetik laporan CNN Travel, Presiden Carnival Australia Marguerite Fitzgerald memaklumkan kes wabak disedari selepas kapal persiaran Majestic Princess belayar kira-kira separuh perjalanan 12 hari itu.
"Selepas ujian besar-besaran dilakukan terhadap 3,300 penumpang, dianggarkan 800 disahkan positif COVID-19, begitu juga dengan sebilangan kecil anak kapal,” katanya.
Kapal persiaran itu dinaiki 4,600 penumpang beserta anak kapal.
Menurut wakil syarikat Princess Cruises, Briana Latter, kesemua kes positif adalah bergejala ringan atau tanpa gejala dan mereka kemudiannya diasingkan di dalam bilik, terpisah daripada penumpang yang tidak terjejas.
Carnival Australia, sebuah syarikat persiaran global, merupakan anak syarikat Princess Cruises.
Pengendali pelayaran secara berasingan mengiringi yang dijangkiti keluar dari kapal dan menasihati mereka untuk menyelesaikan tempoh pengasingan selama lima hari.
Dalam pada itu, Pusat Kesihatan New South Wales (NSW Health) memaklumkan, penumpang dengan keputusan negatif turut dibenarkan meninggalkan kapal.
"Carnival memaklumkan kepada NSW Health bahawa pihaknya membantu penumpang yang dijangkiti untuk mengatur perjalanan yang selamat selepas meninggalkan kapal," tambah kenyataan itu.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan New South Wales merekodkan sebanyak 19,800 kes baharu COVID-19 dan 22 kematian pada minggu lalu.
Kapal persiaran Majestic Princess kemudiannya berlepas dari Sydney dan meneruskan pelayaran seterusnya ke Melbourne dan Tasmania.
Faida Rahim
Sun Nov 13 2022
Pengendali pelayaran secara berasingan mengiringi penumpang yang dijangkiti keluar dari kapal dan menasihati mereka untuk menyelesaikan tempoh pengasingan selama lima hari. - Foto CNN
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Amaran penyakit Legionnaires dikeluarkan di Sydney
Seramai tujuh orang yang menghidap penyakit Legionnaires (sejenis radang paru-paru yang teruk) sebelum ini telah menghabiskan masa di kawasan itu dalam tempoh tiga minggu lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Budak tiga tahun maut ditikam di Sydney
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku di Sydney.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bangunan 7 tingkat runtuh dalam kebakaran besar di Sydney
Sekurang-kurangnya 50 orang dipindahkan dalam kebakaran yang berlaku di Randle Street berhampiran Stesen Sentral.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kabin kapal persiaran terbakar, penumpang dipindahkan
Sebuah kapal persiaran terpaksa berlabuh di Sydney, Australia untuk memindahkan penumpang yang terjejas berikutan kebakaran berlaku di kabin penginapan kapal itu.
Pesawat Qantas mendarat cemas di Sydney
Sebuah penerbangan Qantas dari Auckland dilaporkan selamat mendarat di Sydney selepas panggilan kecemasan dikeluarkan akibat kegagalan enjin.
Bunuh isteri angkara curang, lelaki dipenjara 24 tahun
Seorang bekas guru sekolah dan bintang liga ragbi Sydney, Chris Dawson dipenjara 24 tahun atas kesalahan membunuh isterinya Lynette, sekali gus menamatkan kempen beberapa dekad menuntut keadilan.
Reaksi tenang Raja Charles III ketika dibaling telur dapat perhatian
Semasa lawatan diraja ke Australia pada tahun 1994, baginda mendengar tembakan dilepaskan namun tetap tenang.