Dua penyerang bunuh diri bertindak meletupkan kereta berisi bahan letupan di selatan Aden, Yaman mengorbankan sekurang -kurangnya enam nyawa. Puluhan lagi mangsa kebanyakannya orang awam dilaporkan cedera.
Menurut saksi, berlaku letupan besar di daerah al-Mansoura yang memusnahkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan selain memecahkan tingkap beberapa bangunan berdekatan.
Kejadian berlaku di luar kem yang menempatkan pasukan keselamatan tempatan yang dikenali sebagai 'Security Belt'.
Ditubuhkan Emiriah Arab Bersatu 'Security Belt' berperanan membantu memulihkan keselamatan di bandar pelabuhan itu yang menjadi kota pentadbiran sementara kerajaan sejak kempen mengusir militan Houthi dari Aden yang diketuai Arab Saudi digerakkan pada 2015.
Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. Namun ia disyaki didalangi puak Houthi yang berdepan tekanan daripada kerajaan pimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.
Astro Awani
Tue Nov 14 2017
Menurut saksi, berlaku letupan besar di daerah al-Mansoura yang memusnahkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Malaysia kutuk keras serangan pengganas di Aden
Malaysia mengutuk keras serangan pengganas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Aden
Mesir, Jordan, Rusia, PBB kutuk serangan di lapangan terbang Aden
Setiausaha Agung Antonio Guterres mengulangi komitmen tegas PBB untuk menyokong usaha proses politik yang dipimpin Yaman untuk mencapai penyelesaian inklusif.
26 maut dalam letupan di lapangan terbang Yaman
Walaupun semua menteri kerajaan dilaporkan selamat, lebih 50 mangsa tercedera.
Puak pemisah lancar rampasan kuasa di selatan Yaman
Perdana Menteri Yaman, Ahmed bin Dagher menuduh puak pemisah yang disokong oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas rampasan beberapa pejabat kerajaan sewaktu pertempuran di pelabuhan bandar Aden.
Sekurang-kurangnya enam maut serangan bom kereta di Yaman
Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera selepas dua penyerang bunuh diri bertindak meletupkan kereta berisi bahan letupan di Aden.
Malaysia kutuk serangan pengebom bunuh diri di Yaman
Malaysia mengutuk serangan pengebom bunuh diri di luar kem tentera daerah Khor Maksar, Aden, Yaman semalam.
Puluhan terbunuh dalam serangan bom kereta di kem tentera Yaman
Sekurang-kurangnya 60 terbunuh dalam insiden letupan bom kereta di sebuah pusat latihan tentera di Aden, Yaman.
Serangan pengebom bunuh diri di Yaman, 25 tentera terbunuh
Pengebom bunuh diri itu menyasarkan sekumpulan anggota tentera yang baharu menyertai tentera Yaman di markas Briged Armor ke-39 di daerah Khormaksar di Aden.