BANGKOK: Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan cuti umum tambahan pada 12 April bagi perayaan Songkran tahun ini bertujuan merangsang pelancongan dan perkhidmatan swasta.
Perdana Menteri Srettha Thavisin berkata Kabinet meluluskan cadangan Pejabat Sekretariat Kabinet untuk mengumumkan 12 April sebagai cuti umum tambahan.
"Cuti umum selama lima hari dari 12 hingga 16 April. Kelulusan itu dibuat bertujuan untuk mempromosikan pelancongan," katanya selepas menghadiri mesyuarat Kabinet pada Selasa.
Srettha berkata Menteri Pelancongan dan Sukan telah ditugaskan untuk menggalakkan pelancongan khususnya di bandar-bandar lain bagi memanfaatkan cuti tambahan berbanding bandar-bandar besar seperti Phuket, Chiang Mai atau Pattaya yang sudah terkenal dalam kalangan pelancong.
Songkran disambut setiap tahun dari 13 hingga 15 April, menandakan permulaan Tahun Baharu Thailand.
Tarikh 16 April diisytihar cuti umum sebagai ganti kepada 13 April yang jatuh pada Sabtu.
Songkran mendapat pengiktirafan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH).
Media tempatan melaporkan bahawa kerajaan akan menganjurkan aktiviti Festival Songkran Sedunia di seluruh negara dari 1 hingga 21 April pada tahun ini.
Festival Songkran Sedunia bertujuan mempromosikan tradisi dan aktiviti Songkran tempatan di 76 wilayah dan 50 daerah di Bangkok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Srettha Thavisin berkata Kabinet meluluskan cadangan Pejabat Sekretariat Kabinet untuk mengumumkan 12 April sebagai cuti umum tambahan. - Gambar fail
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.
Landskap pelancongan Labuan alami peremajaan untuk tingkat daya tarikan
Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk mengukuhkannya.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
PERDA usaha rancakkan sektor pelancongan menerusi 'Visit My Kampung'
Para pelancong akan berpeluang merasai sendiri suasana kampung serta melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart
Eksport meningkat 3.9 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama 2024 - pulih daripada penguncupan 6.9 peratus dalam suku keempat 2023.
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand
Festival itu bermula dengan paparan budaya dan warisan Thailand yang meriah dengan perarakan sejauh satu kilometer.