Thailand pada Jumaat menjelaskan bahawa negara itu tidak mewajibkan kuarantin ke atas pelawat dari empat negara dan dua wilayah yang ditakrifkan sebagai Zon Wabak Penyakit COVID-19.
Keempat-empat negara itu - China, Korea Selatan, Itali dan Iran serta dua wilayah Macau dan Hong Kong telah ditakrifkan sebagai Zon Wabak Penyakit, sebagaimana yang dinyatakan dalam Warta Kerajaan pada Khamis.
Bagaimanapun Warta Kerajaan itu tidak menyatakan langkah kuarantin yang dikenakan.
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Thailand Dr Sukhum Kanchanapimai berkata penumpang dari empat negara dan dua wilayah tersebut dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan dan melaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan setiap hari.
"Mereka dinasihatkan supaya kuarantin di rumah. Sekiranya mereka enggan berbuat demikian, kami akan menghantar mereka ke pusat kuarantin. Ia bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini.
Sukhum berkata rakyat Thailand yang kembali dari Daegu dan Gyeongsang, Korea Selatan, wajib menjalani kuarantin 14 hari di pusat yang dikhaskan.
Beliau turut menasihatkan rakyat negara itu yang pulang dari Jepun, Singapura, Sepanyol, Switzerland dan Amerika Syarikat supaya tidak keluar untuk membendung penyebaran virus itu.
Pengumuman hari ini menjelaskan kekeliruan tentang pelbagai maklumat yang diterima orang ramai berhubung sekatan berkaitan wabak COVID-19.
Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul membuat hantaran di Facebooknya bahawa pelawat dari negara-negara berisiko tinggi COVID-19 termasuk China, Korea Selatan dan Singapura perlu menjalani kuarantin selama 14 hari. Bagaimanapun, hantaran itu telah dipadamkan tidak lama kemudian.
Sementara itu, Thailand hari ini melaporkan satu kes baharu COVID-19 - seorang lelaki warga Britain yang singgah di Hong Kong selama tujuh jam sebelum tiba di Thailand pada 29 Feb, kes positif ke-48 negara itu.
Lelaki berusia 43 tahun itu demam dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta pada 4 Mac.
Satu kematian dicatatkan sejak wabak COVID-19 itu dilaporkan di negara berkenaan pada Januari. Terdapat 16 pesakit yang masih menjalani rawatan di hospital.
Sementara itu, Kementerian Luar Thailand memaklumkan terdapat kira-kira 209,000 pekerja Thailand, termasuk kira-kira 152,400 pekerja haram di Korea Selatan.
Menurut kementerian itu, sehingga 1 Mac tahun ini, terdapat 5,386 warga Thailand yang bekerja tanpa permit di negara itu yang ingin kembali manakala 4,727 orang telah pulang.
Thailand berusaha membawa pulang ribuan warganya yang bekerja di Korea Selatan termasuk 'Phi Noi', istilah yang merujuk kepada pekerja haram Thai di Korea Selatan, berikutan wabak COVID-19.
Pihak berkuasa berkaitan telah menyediakan kemudahan untuk kuarantin selama 14 hari bagi ribuan pekerja Thailand yang pulang secara berperingkat dari wilayah Gyeongsang dan bandar Daegu, Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 06 2020
Thailand menjelaskan bahawa negara itu tidak mewajibkan kuarantin ke atas pelawat wilayah yang ditakrifkan sebagai zon COVID-19. - Gambar fail/AP
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.