awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak selamanya riang, Disney terpaksa buang 28,000 pekerja

Agensi
Agensi
30/09/2020
09:39 MYT
Tidak selamanya riang, Disney terpaksa buang 28,000 pekerja
Syarikat Walt Disney Co dilaporkan bakal memberhentikan kira-kira 28,000 pekerja yang kebanyakkan di taman tema di Amerika Syarikat. Foto: AP
'KERAJAAN fantasi' Disney tidak selamanya membawa keriangan lebih-lebih lagi sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia.
Apa yang lebih menyedihkan, syarikat Walt Disney Co dilaporkan bakal memberhentikan kira-kira 28,000 pekerja yang kebanyakannya di taman tema di Amerika Syarikat.
Disney dalam satu kenyataan berkata, pemberhentian tersebut adalah susulan ketidaktentuan tempoh pandemik itu akan berlarutan sehingga memaksa jumlah pengunjung dihadkan di semua taman tema mereka.
Taman teman tersebut yang dibuka semula baru-baru ini mengehadkan kira-kira 30 peratus daripada kapasiti pengunjung yang biasa diterima.
Pemberhentian itu akan melibatkan pekerja domestik dan 67 peratus daripada mereka adalah pekerja sambilan.
BACA: Disneyland California dijangka buka semula pada Julai
Setakat ini, taman tema di Shanghai, Hong Kong, Tokyo dan Paris tidak terkesan dengan pengumuman ini.
Minggu lalu, taman tema Disney di Hong Kong dibuka semula buat kali kedua selepas mencatatkan peningkatan kes baharu mendadak di negara itu.
Untuk rekod, semua taman tema Disney sudah dibuka semula kecuali di California.
Disney mengalami kerugian sehingga AS$4.7 bilion (RM19.54 bilion) dalam tempoh tiga bulan sehingga 27 Jun lalu.
Topic Berkaitan
#Disney
#AS
#Hong Kong
#Paris
#Tokyo
#California
#Amerika Syarikat
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan